Kuala Lumpur,Putrajaya
5 Jamadil Awal 1446  |  06 November 2024
05:38
Imsak
05:48
Subuh
13:00
Zohor
16:20
Asar
18:58
Maghrib
20:10
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

LENSA@MWP (Pengenalan)

PENGENALAN

 

Sebagai sebuah masjid yang bertaraf masjid negeri dan mempunyai senibina unik dan landskap yang menarik. Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sering menjadi lokasi pilihan untuk aktiviti penggambaran fotografi dan video.

Bagi pihak yang ingin mengadakan penggambaran komersial sama ada untuk foto atau video di kawasan masjid, pihak berkenaan perlu memohon secara rasmi kepada pentadbiran masjid dan perlu mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan sekiranya mendapat kebenaran.

 

GARIS PANDUAN


 GARIS PANDUAN DAN PERATURAN MENGADAKAN PENGGAMBARAN DI MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR


1. Surat permohanan perlu dikemukakan kepada Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sekurang-kurangnya 7 hari bekerja sebelum tarikh penggambaran dipohon.


2. Sebarang aktiviti penggambaran di dalam dewan solat tidak dibenarkan kecuali mendapat kelulusan dari pihak pentadbiran masjid.


3. Semua krew produksi dan artis yang terlibat wajib berpakaian menutup aurat dan bertudung bagi wanita.


4. Tidak mengganggu jemaah yang beribadat dan membuat bising.
( tidak menggunakan pembesar suara / speaker / hailer )


5. Aktiviti penggambaran dihentikan 30 minit sebelum masuk waktu solat dan semasa solat.


6. Menjaga kebersihan lokasi penggambaran.


7. Tidak menggunakan punca elektrik masjid untuk peralatan penggambaran
( cth: kamera video, lampu, monitor )


8. Aktiviti penggambaran hanya dibenarkan pada hari bekerja bermula jam 9.00 pagi hingga 4 petang sahaja.


9. MWPKL berhak membuat tuntutan ganti rugi tehadap sebarang kerosakan yang berlaku sepanjang penggunaan tempat untuk tujuan penggambaran.

 

*Pihak pentadbiran MWPKL berhak mengarahkan aktiviti penggambaran dihentikan dan menarik balik kebenaran penggambaran sekiranya pihak produksi tidak mematuhi garis panduan dan arahan yang diberikan tanpa sebarang notis.

BORANG

 

Muat turun Borang Permohonan Menjalankan Penggambaran di Masjid Wilayah Persekutuan Klik disini

 

HUBUNGI KAMI

 

Hubungi team Lensa@MWP :

Pegawai Penyelaras : En.Eddy Ezrul bin Abdul Majid
No. Telefon - 03-62018791/ 8767/ 8780
No. Fax - 03-62018790
Email : masjidwp@jawi.gov.my