PENGISLAMAN

PENGENALAN

 

Islam adalah agama rasmi bagi negara Malaysia. Kesedaran masyarakat bukan Islam untuk mendalami ajaran Islam semakin meningkat ,sejak akhir-akhir ini. Mungkin juga disebabkan oleh kemudahan untuk mendapat maklumat yang tepat tentang Islam. Oleh itu Masjid Wilayah telah membuka peluang kepada mereka yang berminat, agar datang ke Masjid Wilayah, bagi mengetahui dengan lebih lanjut tentang Islam dan membantu dalam proses memeluk agama Islam.

PROSEDUR PENGISLAMAN :

1. Pemohon perlu menyediakan dokumen dan perkara berikut :
a) Kad pengenalan (warganegara tempatan)
b) Pasport dan visa (warganegara asing) perlulah melebihi tempoh sebulan dari tarikh luput
c) 2 keping gambar (saiz pasport)
d) 2 orang saksi lelaki islam warganegara Malaysia
e) Pemohon perlu menghantar sendiri borang pengislaman ke JAWI setelah selesai pengislaman di Masjid Wilayah Persekutuan. Manakala 2 orang saksi dikehendaki mengikut pemohon ke JAWI untuk melakukan urusan pendaftaran berikutnya.

Klik disini untuk muat turun Borang Pendaftaran Masuk Islam.

Hubungi pihak Masjid Wilayah Persekutuan :
Pegawai Penyelaras : Ustaz Zulkefli bin Salleh.
No. Telefon - 03-62018791/ 8767/ 8780
No. Fax - 03-62018790
Email : masjidwp@jawi.gov.my