3.5.2018
Sempena Sayyidul Ayyam cawangan pengimarahan MWPKL telah mengadakan Program Daurah Kitab Fiqh Manhaji pada 3 dan 4 Mei 2018 bertempat di dewan muslimin dengan anggaran penyertaan seramai 100 orang peserta. Pihak urusetia telah menjemput Ustaz Mohd Sharaf Bajuri bagi memimpin pengajian kitab tersebut berkaitan bab puasa.
25 HINGGA 26 APRIL 2018 | 09 HINGGA 10 SYAABAN 1439H Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MWP) telah menganjurkan Program Pengajian Akbar Bersama Ulama’ Nusantara Siri 2/2018 secara bertalaqqi dengan Tuan Guru Baba Ghazali bin Ahmad dengan menggunakan kitab Aqidatun Najin karangan Al-‘Alim Al-‘Allamah Al-Fahham Al-Syeikh Zainul Abdidin bin Muhammad Al-Fathani.
23-25.4.2018
Bengkel Reka Montaj Video Adobe After Effect & Premiere Pro anjuran Unit Kursus dan Seminar Cawangan Pengimrahan telah diadakan selama 3 hari pada 23 hingga 25 April 2018 bertempat di dewan muslimat. Tenaga pengajar dari Sifoo Art & Multimedia telah dijemput bagi menjayakan bengkel tersebut. Majlis penutup bengkel tersebut telah disempurnakan oleh Tuan Haji Zakariah bin Isa, Imam Besar MWPKL dengan ucapan ringkas dan penyampaian sijil penyertaan.

20.4.2018
Majlis Bacaan Yasin dan Tautan Ukhwah Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah diadakan di dewan jamuan muslimin. Majlis tersebut telah dihadiri oleh ahli-ahli Jawatankuasa Pentadbiran MWPKL, pegawai dan kakitangan pentadbiran MWPKL, guru-guru SRA Ibnu Khaldun, Tadika MAIWP, Taska Darul Hanan dan wakil syarikat kawalan keselamatan, pembersihan dan penyelenggaraan di MWPKL. Majlis telah dimulakan dengan bacaan yasin dipimpin oleh Us.Mohd Zamri bin Abdul Halim dan diteruskan dengan ucapan aluan dari Imam Besar MWPKL dan wakil ahli Jawatankuasa Pentadbiran MWPKL dari DBKL.
19 APRIL 2018 | 03 REJAB 1439H ( Khamis ) Masjid Wilayah Persekutuan (MWP), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan Program Ziarah Mahabbah Ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan. Seramai 10 orang pegawai dan kakitangan MWP yang diketuai oleh TUAN HAJI ZAKARIAH BIN ISA, Imam Besar MWP telah menyertai program ini. Program dimulai dengan sesi beramah mesra antara pegawai HAT Tuanku Mizan dengan rombongan pegawai masjid.