Kuala Lumpur,Putrajaya
20 Zulkaedah 1445  |  29 May 2024
05:39
Imsak
05:49
Subuh
13:13
Zohor
16:38
Asar
19:22
Maghrib
20:37
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Program Kembara Bakti Masjid 2018 Ke Kg. Singkir Yan Kedah

IMG 2804

23 HINGGA 25 FEBRUARAI 2018 | 07 HINGGA 09 JAMADILAKHIR 1439H (JUMAAT- AHAD) Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan Kerjasama Darul Quran telah menganjurkan PROGRAM KEMBARA BAKTI MASJID KE KG. SINGKIR, YAN KEDAH.

Program ini telah melibatkan seramai 40 orang pelajar daripada Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan 300 orang penduduk Kampung daripada Kg. Singkir Laut, Kg. Singkir Darat, Kg. Singkir Badung dan Kg. Singkir Genting. Program yang berlangsung selama tiga (3) hari dua malam ini dipenuhi pelbagai aktiviti kemasyarakatan.

Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh YB MEJAR JENERAL DATO’ SERI JAMIL KHIR BIN HAJI BAHAROM (B), Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang diiringi oleh YBhg. Tuan Haji Abdul Aziz bin Jusoh, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan YBhg. Tuan Haji Mohd Yusri Bin Haji Md. Daud .AMK.,BCK., Pegawai Daerah Yan, Kedah. Manakala Majlis Perasmian dan Penyerahan Anak Angkat telah disempurnakan oleh YB Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman Bin Ku Ismail, Ahli Dewan Undangan Negeri Guar Chempedak.
Antara aktiviti yang telah diadakan adalah Kuliyah Maghrib yang telah disampaikan oleh Tuan Haji Zakariah Isa, Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan (MWP) dan Al-Fadhil Ustaz Anuar Hakim bin Mohd Salleh, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Masjid, JAWI. Selain itu, sukaneka / sukan rakyat, klinik fatihah pemeriksaan kesihatan percuma oleh PICOMS dan Malam Cinta Rasul.
Semoga pengisian program yang telah digarap sepanjang program berlangsung dapat memberi manfaat kepada semua peserta dan penduduk kampung yang terlibat serta dapat dipraktikkan sebaiknya dalam kehidupan seharian.

IMG 2808IMG 2897

IMG 2980IMG 3005

IMG 3036IMG 3169

IMG 3308IMG 3370

Publish the Menu module to "offcanvas" position. Here you can publish other modules as well.
Learn More.