17.10.2018
Bersempena dengan persaraan Tuan Haji Zakariah bin Isa sebagai Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan, sebuah majlis bagi menghargai perkhidmatan beliau telah diadakan bertempat di Dewan Jamuan Muslimin. Turut hadir pada majlis tersebut Tuan Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI, pegawai-pegawai kanan JAWI dan kakitangan Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Pada majlis tersebut juga para hadirin turut sama bergambar semasa “clock out” terakhir beliau bertempat di Pejabat Pentadbiran MWPKL.
11.10.2018
Program Khatam Al-Quran Bersanad sempena sambutan bulan Muharram 1440H yang dibimbing oleh Syeikh Rami Al-Badawi Samir telah diadakan di dewan jamuan muslimin. Program yang diurusetiakan oleh Pengimarahan MWPKL telah disertai seramai 40 orang peserta. Turut hadir pada majlis tersebut Tuan Haji Zakariah bin Isa, Imam Besar MWPKL diringi oleh Us.Mohd Zamri bin Abdul Halim, PPK Cawangan Pengimarahan MWPKL dan Us.Jamal Zaidi bin Ismail PPK Cawangan Khidmat Pengurusan MWPKL.
26.9.2018
Masjid Wilayah Persekutuan (MWP) telah menganjurkan Program Jom Sihat, Cantik dan Segak 2018. Program ini telah dihadiri seramai 510 peserta yang terdiri daripada kakitangan Kerajaan, Swasta dan Orang Awam sekitar Wilayah Kuala Lumpur dan Selangor.
5-6.9.2018
Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MWP) telah menganjurkan Program Pengajian Akbar Bersama Ulama’ Nusantara Siri 3/2018 secara bertalaqqi dengan Tuan Guru Baba Ghazali bin Ahmad dengan menggunakan kitab Aqidatun Najin karangan Al-‘Alim Al-‘Allamah Al-Fahham Al-Syeikh Zainul Abdidin bin Muhammad Al-Fathani.
28.8.2018
Pejabat Kesihatan Daerah Kepong dengan kerjasama Cawangan Perhubungan dan Keurusetiaan Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah mengadakan Program Mquit dan Konspen Plus bertempat di dewan muslimat dengan kehadiran seramai 50 orang peserta