Hits: 1644
Program korban sempena sambutan Aidiladha 2018
Hits: 1644
22.8.2018
Program korban sempena sambutan Aidiladha 1439H anjuran Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah diadakan di perkarangan anjung A selepas solat sunat Aidiladha berjemaah.
Program yang diurusetiakan oleh Cawangan Pengimarahan MWPKL telah disertai seramai 150 orang petugas yang membantu menguruskan 10 ekor lembu untuk dikorbankan secara gotong-royong. Program tersebut diakhiri dengan penyampaian agihan daging-daging korban kepada penerima yang terdiri dari peserta-peserta korban, petugas-petugas program dan orang awam oleh Yg. Brs. Tuan Haji Zakariah bin Isa, Imam Besar MWPKL.