Kuala Lumpur,Putrajaya
25 Syawal 1445  |  05 May 2024
05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Sambutan Maulidur Rasul 1435H Peringkat Wilayah Persekutuan

26.1.2014

Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menjadi tuan rumah Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1435H Peringkat Wilayah Persekutuan bertempat di Dewan Serbaguna MWPKL. Sebelum majlis dimulakan di Dewan Serbaguna, acara perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul 1435H Peringkat Wilayah Persekutuan  

26.1.2014

Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menjadi tuan rumah Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1435H Peringkat Wilayah Persekutuan bertempat di Dewan Serbaguna MWPKL. Sebelum majlis dimulakan di Dewan Serbaguna, acara perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul 1435H Peringkat Wilayah Persekutuan oleh kontinjen-kontinjen yang disertai peserta-peserta lelaki telah berarak dari perkarangan parkir kenderaan Kompleks Mahkamah Syariah Kuala Lumpur hingga ke parkir kenderaan  perkarangan Anjung A Masjid Wilayah Persekutuan. Ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh YBhg Tuan Hj. Paimuzi bin Yahya, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan ucapan perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Hj. Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah JAKIM. Pada majlis tersebut juga telah berlangsung acara penyampaian Anugerah Khas Maulidur Rasul SAW Peringkat Wilayah Persekutuan 1435H yang telah disampaikan oleh  YBhg. Dato’ Hj. Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah JAKIM kepada penerima-penerima anugerah.

Publish the Menu module to "offcanvas" position. Here you can publish other modules as well.
Learn More.