Kuala Lumpur,Putrajaya
18 Ramadhan 1446  |  18 March 2025
06:01
Imsak
06:11
Subuh
07:42
Dhuha
13:24
Zohor
16:30
Asar
19:26
Maghrib

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Program Ziarah Mahabbah Ke Hospital Rehabilitasi Cheras

IMG 9256 copy

5.9.2017
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menerusi Masjid Wilayah Persekutuan (MWP) telah menganjurkan Program Ziarah Mahabbah Ke Hospital Rehabilitasi Cheras. Seramai lapan (8) orang pegawai dan kakitangan MWP yang diketuai oleh Imam Besar, TUAN HAJI ZAKARIAH BIN ISA telah menyertai program ini.

Program dimulai dengan sesi taklimat ringkas mengenai sejarah penubuhan Hospital Rehabilitasi Cheras oleh Puan Zaiton binti Ibrahim, Pegawai Perhubungan Awam hospital tersebut. Pengisian seterusnya diikuti dengan lawatan ke wad dan sesi beramah mesra bersama YBHG. DR. ROSLAN JOHARI BIN DATO’ MOHD GHAZALI, Pengarah Hospital berkenaan. Program berakhir dengan penyampaian sumbangan sebanyak 64 unit telekung dan 20 unit sejadah kepada Pengarah hospital untuk ditempatkan di Surau-Surau hospital tersebut.

Semoga program seumpama ini dapat menanam sikap prihatin di kalangan pegawai dan kakitangan MWP untuk terus membantu golongan yang memerlukan.

IMG 9222 IMG 9228

 

IMG 9241 copy IMG 9243 copy

 

IMG 9246 IMG 9249