Program Ziarah Mahabbah Ke Hospital Kuala Lumpur (HKL)
25 JANUARI 2018 | 08 JAMADILAWAL 1438H ( KHAMIS ) Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan menerusi Masjid Wilayah Persekutuan (MWP) telah menganjurkan Program Ziarah Mahabbah Ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Seramai 10 orang pegawai dan kakitangan MWP yang diketuai oleh Tuan Haji Yusof bin Mamat, Timbalan Pengarah (Operasi), JAWI yang diiringi oleh TUAN HAJI ZAKARIAH BIN ISA, Imam Besar MWP telah menyertai program ini. Program dimulai dengan majlis beramah mesra dengan YBRS. DR. ROSNAWATI BINTI YAHYA, Pakar Perunding Nefrologi HKL serta pegawai dan kakitangan HKL.
Kemudian diikuti dengan sesi penyampaian sumbangan telekung dan sejadah sebanyak 106 helai kepada pihak hospital untuk ditempatkan di surau-surau HKL. Seterusnya program diteruskan dengan sesi lawatan ke Wad Nefrologi Dewasa dan seramai 75 pesakit telah menerima cenderahati daripada MWP. Program berakhir dengan sesi bergambar kenang-kenangan bersama pegawai dan kakitangan hospital.
Semoga program seumpama ini dapat menanam sikap prihatin di kalangan pegawai dan kakitangan JAWI amnya dan warga MWP khususnya untuk terus membantu golongan yang memerlukan.