Kuala Lumpur,Putrajaya
27 Syawal 1445  |  07 May 2024
05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:33
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Program Jom Sihat, Cantik dan Segak 2017

IMG 9812 copy

29.9.2017

Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) menerusi Masjid Wilayah Persekutuan (MWP) telah menganjurkan Program Jom Sihat, Cantik dan Segak 2017. Program telah dihadiri seramai 400 orang peserta daripada pelbagai sektor kerajaan, swasta, badan bukan kerjaan dan pesara.

Program ini melibatkan tiga (3) slot ceramah kesihatan. SLOT 1: Konsep Asas ‘Ilaj dan Syifa’ dan SLOT 2: Praktikal ‘Ilaj Rukyah yang telah disampaikan oleh USTAZ ABDUL HALIM BIN ZAKARIA, Pendakwah & Personaliti TV. Antara intipati ceramah, beliau telah berkongsi ayat-ayat al-quran khusus untuk beberapa penyakit seperti pendiding diri, ayat pembatal & penunduk sihir, doa demam, sukar bersalin, darah tinggi dan lain-lain lagi. Dan diakhir ceramah slot 2, penceramah juga turut mengijazahkan bacaan asas semasa rawatan kepada peserta program. Manakala SLOT 3: Rahsia Kecantikan & Kesihatan Wanita pula telah disampaikan oleh PUAN ROZITA BINTI IBRAHIM, Pengasas Jamu Ratu Malaya (JRM). Antara intipati ceramah, beliau telah berkongsi cara-cara menjaga kesihatan dalaman dan luaran wanita mengikut kaedah perubatan tradsional.

Semoga program seumpama ini dapat menanam sifat prihatin dalam menjaga kesihatan rohani dan jasnami ke arah melahirkan masyarakat yang sihat dari segi rohani dan jasmani.

IMG 9800 IMG 9811

 

Publish the Menu module to "offcanvas" position. Here you can publish other modules as well.
Learn More.