Kuala Lumpur,Putrajaya
18 Ramadhan 1446  |  18 March 2025
06:01
Imsak
06:11
Subuh
07:42
Dhuha
13:24
Zohor
16:30
Asar
19:26
Maghrib

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Majlis Mahabbah Aidil Fitri Bersama Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Al-Nasuha

IMG 5129

5.7.2018

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (MWP) menerusi Masjid Wilayah Persekutuan (MWP) telah menganjurkan Program Aktiviti Disayangi – Majlis Mahabbah Aidil Fitri Bersama Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Al-Nasuha, Taman Changkat Mulia, Batu Caves. Pertubuhan ini dihuni seramai 85 orang anak-anak yatim dan anak fakir miskin. Seramai sepeluh (10) orang pegawai dan kakitangan Masjid Wilayah Persekutuan yang diketuai oleh IMAM BESAR MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN Y.BHG. TUAN HAJI ZAKARIAH BIN ISA telah turut serta dalam program tersebut.

IMG 5093 IMG 5100

IMG 5110 IMG 5143

IMG 5156 IMG 5165

Tujuan program ini diadakan adalah untuk menyampaikan sumbangan barangan keperluan kepada penghuni iaitu sebanyak 10 kampit beras 5 kg., 5 botol minyak masak 5 kg., 20 Kotak Milo 1 kg., 1 tin besar biskut, 20 paket gula, 20 paket kerepek dan beberapa set mainan untuk kana-kanak. Program dimulai dengan bacaan doa dan sesi beramah mesra bersama pengasas serta penghuni rumah tersebut. Kemudian diikuti dengan majlis penyampaian sumbangan oleh Y.Bhg. Tuan Haji Zakariah bin Isa kepada Puan Umie iaitu pengasas rumah anak yatim tersenut.

Semoga usaha seumpama ini dapat menanamkan sikap prihatin dan menyemaikan rasa kasih saying di kalangan masyarakat terhadap golongan ana-anak yatim dan anak fakir miskin..