Program Aqiqah Perdana 2011
18.6.2011
Masjid Wilayah Persekutuan telah mengadakan Program Aqiqah Perdana 2011 bertempat di perkarangan halaman taman Anjung A. Program yang bermula jam 8.00 pagi telah dihadiri seramai 200 orang yang terdiri dari kakitangan dan jemaah masjid bersama-sama bergotong-royong menjayakan program tersebut. Sebanyak 10 ekor kambing dan 1 ekor lembu telah dikorbankan dan dagingnya telah dimasak untuk jamuan kepada jemaah masjid. Turut hadir pada program tersebut Yg. Bhg. Imam Besar MWP, Tuan Haji Zakariah bin Isa.