Kuala Lumpur,Putrajaya
21 Rejab 1447  |  10 January 2026
06:01
Imsak
06:11
Subuh
07:47
Dhuha
13:24
Zohor
16:46
Asar
19:21
Maghrib
20:35
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Program Ambang Tahun Baru 2026 bersama Ustaz 3 Beradik

 

 

 WhatsApp Image 2025 10 01 at 13.43.56 1

31 Disember 2025 | 10 Rejab 1447H (Rabu) –   Program sambutan Ambang Tahun Baru 2026 telah berlangsung dalam suasana penuh ketenangan dan penghayatan rohani. Program dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah sebelum para hadirin mengikuti sesi ceramah ringkas yang disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu ustaz 3 beradik, Al-Fadhil Ustaz Hariri Daud, Al-Fadhil Ustaz Zarifi Daud dan Al-Fadhil Ustaz Ihsan Daud.

 

Dalam ucapannya, penceramah mengajak semua tetamu yang hadir untuk sentiasa bersyukur atas setiap nikmat yang Allah kurniakan, serta menjadikan rasa syukur sebagai asas dalam membentuk keluarga dan masyarakat yang berakhlak. Beliau turut menekankan dua perkara utama yang wajib diberi perhatian dalam mendidik anak-anak, iaitu memastikan mereka mendirikan solat di awal waktu dan membiasakan diri membaca al-Quran secara konsisten.

 

Program kemudian diteruskan dengan solat Isyak berjemaah sebagai mengakhiri pengisian rohani pada malam tersebut. Majlis ditutup dengan jamuan makan yang disediakan kepada para jemaah, sekaligus mengeratkan silaturahim dalam suasana penuh ukhuwah menjelang tahun baru.

 

𝐉𝐎𝐌 𝐈𝐊𝐔𝐓𝐈 𝐌𝐄𝐃𝐒𝐎𝐒 𝐊𝐀𝐌𝐈:

🕌 𝐏𝐎𝐑𝐓𝐀𝐋
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐰𝐰𝐰.𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝𝐰𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡.𝐠𝐨𝐯.𝐦𝐲/
🕌 𝐅𝐀𝐂𝐄𝐁𝐎𝐎𝐊
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐰𝐰𝐰.𝐟𝐚𝐜𝐞𝐛𝐨𝐨𝐤.𝐜𝐨𝐦/𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝𝐰𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧/
🕌 𝐈𝐍𝐒𝐓𝐀𝐆𝐑𝐀𝐌
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐢𝐧𝐬𝐭𝐚𝐠𝐫𝐚𝐦.𝐜𝐨𝐦/𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝𝐰𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧
🕌 𝐘𝐎𝐔𝐓𝐔𝐁𝐄
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐲𝐨𝐮𝐭𝐮𝐛𝐞.𝐜𝐨𝐦/@𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝𝐰𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧
🕌 𝐓𝐄𝐋𝐄𝐆𝐑𝐀𝐌
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐭.𝐦𝐞/𝐠𝐞𝐧𝐠𝐦𝐰𝐩

 

   WhatsApp Image 2025 03 27 at 12.34.23 WhatsApp Image 2025 03 27 at 12.34.23 1 
  GH tour pic3  Sambutan Maulidur Rasul pic 7  
   WhatsApp Image 2026 01 05 at 08.46.54  WhatsApp Image 2026 01 05 at 08.46.55 1

 

 Disediakan oleh:

Unit Dakwah
Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.