Hits: 34
MAJLIS SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN & PERISTIWA BADAR AL-KUBRA 1447H
Hits: 34

5 Mac 2026 | 15 Ramadan 1447H (Khamis) –Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas kelancaran Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran yang telah berlangsung dengan penuh barakah di Masjid Wilayah Persekutuan petang tadi.
Dewan solat utama dipenuhi jemaah yang hadir seawal waktu Asar untuk bersama-sama menghayati mukjizat Al-Quran. Majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran yang cukup syahdu oleh Ustaz Tirmizi bin Haji Ali, diikuti dengan kupasan bermakna serta Ceramah Khas Nuzul Al-Quran oleh Ustaz Muhamad Syaari bin Ab. Rahman.
Sebahagian daripada pengisian utama Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran petang tadi juga adalah Majlis Penyampaian Sumbangan Bakul Makanan & Duit Raya kepada golongan yang memerlukan.
Sebahagian daripada pengisian utama Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran petang tadi juga adalah Majlis Penyampaian Sumbangan Bakul Makanan & Duit Raya kepada golongan yang memerlukan.
Sesi serahan ini telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Operasi JAWI bertempat di Dewan Solat Utama, Masjid Wilayah Persekutuan. Syukur ke hadrat Allah SWT, sumbangan ini diharapkan dapat meringankan beban dan membawa kegembiraan buat para penerima dalam menjalani baki ibadah Ramadan serta persiapan menyambut Syawal yang bakal tiba.
Terima kasih kepada semua pihak dan penyumbang yang telah menjayakan inisiatif murni ini. Semoga setiap sen dan keringat yang disumbangkan menjadi amal jariyah yang berlipat kali ganda pahalanya di sisi Allah SWT.
Untuk melihat lebih banyak gambar suasana majlis, boleh ke facebook kami di https://www.facebook.com/photo?fbid=1361395322693171&set=pcb.1361395882693115
𝐉𝐎𝐌 𝐈𝐊𝐔𝐓𝐈 𝐌𝐄𝐃𝐒𝐎𝐒 𝐊𝐀𝐌𝐈:
🕌 𝐏𝐎𝐑𝐓𝐀𝐋
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐰𝐰𝐰.𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝𝐰𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡.𝐠𝐨𝐯.𝐦𝐲/
🕌 𝐅𝐀𝐂𝐄𝐁𝐎𝐎𝐊
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐰𝐰𝐰.𝐟𝐚𝐜𝐞𝐛𝐨𝐨𝐤.𝐜𝐨𝐦/𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝𝐰𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧/
🕌 𝐈𝐍𝐒𝐓𝐀𝐆𝐑𝐀𝐌
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐢𝐧𝐬𝐭𝐚𝐠𝐫𝐚𝐦.𝐜𝐨𝐦/𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝𝐰𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧
🕌 𝐘𝐎𝐔𝐓𝐔𝐁𝐄
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐲𝐨𝐮𝐭𝐮𝐛𝐞.𝐜𝐨𝐦/@𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝𝐰𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧
🕌 𝐓𝐄𝐋𝐄𝐆𝐑𝐀𝐌
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐭.𝐦𝐞/𝐠𝐞𝐧𝐠𝐦𝐰𝐩
![]() |
|
||
![]() |
![]() |
||
|
|||
Disediakan oleh:
Unit Kebajikan & Sosial
Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.


