Kuala Lumpur,Putrajaya
25 Zulkaedah 1447  |  13 May 2026
05:41
Imsak
05:51
Subuh
07:26
Dhuha
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

LAWATAN YBM AGAMA KE MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN

 

 

 WhatsApp Image 2025 10 01 at 13.43.56 1

12 Mei 2026 | 24 Zulkaedah 1447H (Selasa) โ€“ Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dr. Zulkifli Hasan telah mengadakan lawatan mengejut ke Masjid Wilayah Persekutuan pada tengah hari tadi bagi meninjau sendiri perkembangan kerja-kerja pembaikan dan penaiktarafan yang sedang dilaksanakan.
 
Lawatan berkenaan diadakan dalam sela masa tugasan rasmi beliau bagi memastikan setiap projek yang dijalankan berada pada tahap memuaskan serta menepati jadual yang telah ditetapkan.
 
Dalam lawatan tersebut, YBM Agama turut memanjat ke ruang atas bumbung masjid bagi melihat secara dekat keadaan semasa dan kemajuan kerja-kerja yang sedang dilaksanakan oleh pihak kontraktor.
 
Menurut beliau, aspek pemantauan perlu dilaksanakan secara tegas dan serius bagi memastikan setiap kerja pembaikan serta penaiktarafan memenuhi spesifikasi yang telah ditetapkan selain dapat disiapkan mengikut tempoh yang ditentukan.
 
โ€œSetiap projek yang dilaksanakan perlu dipastikan berjalan dengan baik, menepati piawaian serta memberi manfaat terbaik kepada para jemaah dan pengunjung masjid,โ€ ujar beliau.
 
Lawatan tersebut mencerminkan komitmen berterusan pihak kerajaan dalam memastikan Masjid Wilayah Persekutuan sentiasa berada dalam keadaan terbaik sebagai institusi ibadah, dakwah dan pusat penyatuan ummah.

๐‰๐Ž๐Œ ๐ˆ๐Š๐”๐“๐ˆ ๐Œ๐„๐ƒ๐’๐Ž๐’ ๐Š๐€๐Œ๐ˆ:

๐Ÿ•Œ ๐๐Ž๐‘๐“๐€๐‹
๐ก๐ญ๐ญ๐ฉ๐ฌ://๐ฐ๐ฐ๐ฐ.๐ฆ๐š๐ฌ๐ฃ๐ข๐๐ฐ๐ข๐ฅ๐š๐ฒ๐š๐ก.๐ ๐จ๐ฏ.๐ฆ๐ฒ/
๐Ÿ•Œ ๐…๐€๐‚๐„๐๐Ž๐Ž๐Š
๐ก๐ญ๐ญ๐ฉ๐ฌ://๐ฐ๐ฐ๐ฐ.๐Ÿ๐š๐œ๐ž๐›๐จ๐จ๐ค.๐œ๐จ๐ฆ/๐ฆ๐š๐ฌ๐ฃ๐ข๐๐ฐ๐ข๐ฅ๐š๐ฒ๐š๐ก๐ฉ๐ž๐ซ๐ฌ๐ž๐ค๐ฎ๐ญ๐ฎ๐š๐ง/
๐Ÿ•Œ ๐ˆ๐๐’๐“๐€๐†๐‘๐€๐Œ
๐ก๐ญ๐ญ๐ฉ๐ฌ://๐ข๐ง๐ฌ๐ญ๐š๐ ๐ซ๐š๐ฆ.๐œ๐จ๐ฆ/๐ฆ๐š๐ฌ๐ฃ๐ข๐๐ฐ๐ข๐ฅ๐š๐ฒ๐š๐ก๐ฉ๐ž๐ซ๐ฌ๐ž๐ค๐ฎ๐ญ๐ฎ๐š๐ง
๐Ÿ•Œ ๐˜๐Ž๐”๐“๐”๐๐„
๐ก๐ญ๐ญ๐ฉ๐ฌ://๐ฒ๐จ๐ฎ๐ญ๐ฎ๐›๐ž.๐œ๐จ๐ฆ/@๐ฆ๐š๐ฌ๐ฃ๐ข๐๐ฐ๐ข๐ฅ๐š๐ฒ๐š๐ก๐ฉ๐ž๐ซ๐ฌ๐ž๐ค๐ฎ๐ญ๐ฎ๐š๐ง
๐Ÿ•Œ ๐“๐„๐‹๐„๐†๐‘๐€๐Œ
๐ก๐ญ๐ญ๐ฉ๐ฌ://๐ญ.๐ฆ๐ž/๐ ๐ž๐ง๐ ๐ฆ๐ฐ๐ฉ

 

   WhatsApp Image 2025 03 27 at 12.34.23 WhatsApp Image 2025 03 27 at 12.34.23 1 
       
                                                                    

 

Gambar Ihsan dari : FB YB Senator Dr. Zulkifli Hasan

Text Berita Disediakan oleh:

Cawangan Khidmat Pengurusan
Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.