MOSQUE TOUR PROGRAMME
PENGENALAN |
Program pelancongan di masjid atau Masjid Tour Program (MTP) merupakan salah satu inisiatif Masjid Wilayah Persekutuan menyantuni para pelawat dan pelancong yang hadir ke masjid sama ada dari dalam atau luar negara. Secara tidak langsung program ini dapat mempromosikan masjid ini sebagai masjid negeri yang bertemakan “Masjid dalam Taman”.
Dengan perjalanan yang sederhana hanya 4 sukarelawan pada peringkat permulaan, jumlah sukarelawan telah meningkat kepada 23 orang pada akhir tahun 2010 dan pada 2020 telah berjumlah 124 orang. Sukarelawan datang dari pelbagai latar belakang kelayakan dan kemahiran yang menjadikan pasukan ini kumpulan yang bervariasi dan menarik. Ia juga berbilang kaum dan bangsa. Ada di antara sukarelawan boleh berkomunikasi pelbagai bahasa selain dari bahasa Inggeris atau bahasa Malaysia.
Walau bagaimanapun program ini lebih tertumpu kepada pelawat yang menggunakan bahasa asing dan pelancong luar negera sahaja. Manakala yang hadir dari kalangan pelawat tempatan dikendalikan oleh unit lain. Hubungan rapat pihak MTP dengan NGO seperti Hidayah Centre, ABIM sentiasa diperlukan demi kesinambungan program dakwah ini. Malah tunjuk ajar dan maklumat terkini sentiasa dipereratkan antara agensi dan pihak atasan antaranya JAWI, JAKIM dan ITC di bawah MOTAC.











WAKTU OPERASI LAWATAN MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN |
|
HARI | MASA |
ISNIN - AHAD |
10.00 pagi sehingga 4.00 petang |
JUMAAT | 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari 3.00 petang sehingga 5.00 petang |
Klik disini untuk muat turun Borang Pendaftaran Sukarelawan.
Hubungi team Masjid Tour Program (MTP) :
Pegawai Penyelaras : Ustaz Syapol
No. Telefon - 03-62018791/ 8767/ 8780
Email : masjidwp@jawi.gov.my