TAHLIL DAN DOA SELAMAT

PENGENALAN

 

Masjid Wilayah Persekutuan juga tidak ketinggalan dengan mengadakan Majlis Bacaan Yasin & Tahlil, Solat Hajat dan Qiyamullail yang lazimnya sentiasa mendapat sambutan yang baik dari masyarakat. Melahirkan masyarakat yang berpaksikan zikir dalam setiap langkah kehidupan agar terpelihara diri dan negara dari sebarang bala bencana. Zikir merupakan satu amalan yang sangat berkesan dan berperanan besar dalam pembentukan sakhsiah muslim. Untuk mengeratkan hubungan antara masyarakat dan jemaah yang hadir sama ada jemaah lelaki ataupun wanita. Mengimarahkan institusi Masjid dengan kehadiran masyarakat sekeliling.

Hubungi pihak Masjid Wilayah Persekutuan :

Pegawai Penyelaras : Us Hasan / Us Hasnan
No. Telefon - 03-62018791/ 8767/ 8780
Email : masjidwp@jawi.gov.my