TASKA DARUL HANNAN

PENGENALAN

 

Taska Darul Hanan (TDH) adalah dibatelah mula beroperasi pada 1 Julai 2009 dan telah dirasmikan oleh YB. Senator Dato' Dr. Masitah binti Ibrahim, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri pada 25 Februari 2010. Taska Darul Hannan adalah dibawah seliaan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Taska Darul Hanan terletak di Anjung D.


WAKTU OPERASI

HARI MASA
ISNIN - JUMAAT 7.30 pagi sehingga 5.30 petang
SABTU - AHAD
CUTI UMUM
TUTUP

Taska Darul Hannan adalah terbuka kepada orang ramai yang berpendapatan RM3000.00 kebawah (suami dan isteri). Borang TEMPAHAN boleh didapati di cawangan taska yang terletak di Anjung D, Masjid Wilayah Persekutuan. Sila kepilkan bersama gaji suami dan isteri berserta mykid kanak-kanak yang ingin didaftarkan bersama borang pendaftaran taska ke pejabat taska.

Sekiranya tempahan tuan-tuan dan puan-puan terpilih, pihak taska akan menghubungi tuan-tuan dan puan-puan untuk mengambil BORANG PENDAFTARAN dan BORANG PERATURAN TASKA. Kanak-kanak yang masih tidak terpilih akan dimasukkan di dalam senarai menunggu mengikut tarikh borang tempahan yang dihantar.

Jika anak anda ingin menamatkan sesi pembelajaran di TDH, sila isikan borang BERHENTI bewarna hijau sebulan sebelum anak anda berhenti dari Taska. Ini bagi memudahkan penempatan kepada kanak-kanak lain yang masih dalam senarai menunggu.

Pejabat Pentadbiran : +603 - 62013339
No. Fax : +603-62012229