
29 JUN 2023M | 10 ZULHIJAH 1444H (KHAMIS) – Program Ibadah Korban MWPKL 2023 telah berlangsung selepas solat sunat Aidiladha bertempat di perkarangan parkir Anjung A. Sebanyak 10 ekor lembu telah dikorbankan dan diurus secara gotong-royong oleh petugas-petugas yang terdiri dari kakitangan Masjid Wilayah Persekutuan, pasukan bomba Sri Hartamas, ahli-ahli Sahabat Masjid dan peserta korban. Program berakhir dengan penyerahan agihan daging korban oleh Imam Besar MWPKL, Ybrs. Ustaz Rozimi bin Zamri kepada peserta, petugas, asnaf dan orang awam.
𝐉𝐎𝐌 𝐈𝐊𝐔𝐓𝐈 𝐌𝐄𝐃𝐒𝐎𝐒 𝐊𝐀𝐌𝐈:
🕌 𝐏𝐎𝐑𝐓𝐀𝐋
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐰𝐰𝐰.𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝𝐰𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡.𝐠𝐨𝐯.𝐦𝐲/
🕌 𝐅𝐀𝐂𝐄𝐁𝐎𝐎𝐊
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐰𝐰𝐰.𝐟𝐚𝐜𝐞𝐛𝐨𝐨𝐤.𝐜𝐨𝐦/𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝𝐰𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧/
🕌 𝐈𝐍𝐒𝐓𝐀𝐆𝐑𝐀𝐌
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐢𝐧𝐬𝐭𝐚𝐠𝐫𝐚𝐦.𝐜𝐨𝐦/𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝𝐰𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧
🕌 𝐘𝐎𝐔𝐓𝐔𝐁𝐄
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐲𝐨𝐮𝐭𝐮𝐛𝐞.𝐜𝐨𝐦/@𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝𝐰𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧
🕌 𝐓𝐄𝐋𝐄𝐆𝐑𝐀𝐌
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐭.𝐦𝐞/𝐠𝐞𝐧𝐠𝐦𝐰𝐩
.
![]() |
![]() |
![]() |
|
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Disediakan oleh:
Unit Komunikasi Korporat,
Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

26 JUN 2023M | 8 ZULHIJAH 1444H (ISNIN) – Bersempena dengan Program Ibadah Korban bagi menyambut Hari Raya Aidiladha 1444H Unit Pengimarahan MWPKL telah mengadakan Kursus Pengurusan Ibadah Korban bertempat di Dewan Jamuan Muslimat. Kursus tersebut diadakan secara jemputan dimana penyertaan terdiri daripada kakitangan Masjid Wilayah Persekutuan, peserta-peserta yang mengambil bahagian korban dan sukarelawan yang akan membantu semasa Program Ibadah Korban MWPKL 2023. Ustaz Abdul Halim bin Zakaria telah dijemput bagi menyampaikan ceramah bagi kursus tersebut. Ucapan penutup kursus telah disempurnakan oleh Ybrs. Ustaz Rozimi bin Zamri, Imam Besar MWPKL
![]() |
![]() |
![]() |
|
Disediakan oleh:
Unit Komunikasi Korporat,
Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

17 JUN 2023M | 28 ZULKAEDAH 1444H (SABTU) – Kelas Mandarin secara percuma telah diadakan di Perpustakaan Masjid Wilayah Persekutuan (MWP) kepada ahli Sukarelawan MWP.
Kelas tersebut disasarkan kepada sukarelawan MWP bagi mengasah kemahiran mereka dalam pelbagai bahasa agar dapat menyantuni pelancong yang datang daripada pelbagai negara untuk melawat Masjid Wilayah Persekutuan dengan lebih baik.
Kelas Mandarin diadakan pada setiap Sabtu, bermula jam 8:30 pagi di Perpustakaan Masjid Wilayah Persekutuan.
.
![]() |
![]() |
![]() |
|
Disediakan oleh:
Unit Komunikasi Korporat,
Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

15 JUN 2023M | 26 ZULKAEDAH 1444H (KHAMIS) – Unit Kebajikan Sosial, Masjid Wilayah Persekutuan telah mengadakan Program Penyerahan Sumbangan Bait Al Rizq ke Masjid Al Zakirin, Taman Wilayah Selayang Fasa 4, disambut oleh Haji Ab Rahman bin Ab Hamid, Pengerusi Masjid Al-Zakirin Taman Wilayah Selayang.
Program ini bermula jam 10:30 pagi dan Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan, YBrs. Ustaz Rozaimi bin Zamri berbesar hati menyampaikan sumbangan kepada 30 penerima mewakili golongan asnaf, yang turut disertai oleh Ustaz Ahmad Buhairi bin Nawawi, selaku Pegawai Tadbir Agama Zon 1.
Semoga program ini dapat diteruskan di masa-masa akan datang bagi menyantuni golongan asnaf.
.
![]() |
![]() |
![]() |
|
![]() |
|
Disediakan oleh:
Unit Komunikasi Korporat,
Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

7 APRIL 2023M | 16 RAMADAN 1444H (JUMAAT) – Sempena dengan Sambutan Nuzul Al-Quran 1444H, Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur telah mengadakan Program Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan 1444H bertempat di Dewan Solat Utama Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dengan pengisian acara Tilawah Al-Quran dan Taddabur Al-Quran.
Pelajar-pelajar dari beberapa Sekolah Tahfiz di sekitar Lembah Lang telah dijemput menghadiri program tersebut yang disempurnakan oleh YBrs. Haji Mohd Fadzil bin Abu Kasim, Timbalan Pengarah Operasi, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Beliau yang diiringi YBrs. Ustaz Rozimi bin Zamri, Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur turut menyampaikan sumbangan kepada pelajar-pelajar tahfiz tersebut.
![]() |
![]() |
![]() |
|
![]() |
![]() |
Disediakan oleh:
Unit Komunikasi Korporat,
Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.


























