15.3.2017
Masjid Wilayah Persekutuan telah menerima lawatan kerja dari kakitangan Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Selangor. Sesi taklimat lawatan telah diadakan di bilik mesyuarat Al-Khawarizmi diketuai oleh Yg Brs Tuan Haji Zakariah bin Isa, Imam Besar MWPKL manakala taklimat telah disampaikan oleh Ustaz Baharuddin Idris, Penolong Pengarah Kanan Khidmat Pengurusan.

28 Februari 2017 bersamaan 1 Jamadil Akhir 1438H (Selasa) - Masjid Wilayah Persekutuan telah menerima lawatan daripada Adik-adik Genius Aulad Kota Damansara.

2 Februari 2017 bersamaan 5 Jamadil Awal 1438H (Khamis) - Cawangan Kebajikan dan Sosial Unit Pelancongan Agama, Masjid Wilayah Persekutuan telah menerima Lawatan daripada International School Kuala Lumpur, seramai 80 orang pelajar dan 2 orang guru pengiring.
Rombongan ISKL ini disambut oleh Para Sukarelawan MWPKL serta mendapat taklimat ringkas mengenai Islam, senibina masjid.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Disediakan oleh :
Admin, Masjid Wilayah Persekutuan





