
30.1.2021
Wilayah Persekutuan Bermunajat sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan telah diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selepas solat maghrib bertempat di Dewan Solat Utama.
Majlis tersebut telah dihadiri oleh YB Senator Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri ( Hal Ehwal Agama ) dan YB Tan Sri TPr Anuar Hj. Musa, Menteri Wilayah Persekutuan. Bacaan Yasin dan Zikir Munajat pada majlis tersebut telah dibimbing oleh Tuan Haji Muhyidin Bin Aziz, Imam Besar MWPKL dan disiarkan secara langsung melalui Facebook rasmi JAWI dan MWPKL.



19.10.2021
Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan 1443H telah diteruskan dengan Program Wilayah Persekutuan Berselawat bertempat di Dewan Solat Utama MWPKL selepas solat Maghrib dan solat hajat berjemaah.
Bacaan dan alunan selawat telah dipimpin oleh saudara Munif HIJJAZ dan Ustaz Fadhil. YBhg Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan turut hadir bersama-sama jemaah pada program tersebut yang berakhir selepas solat Isyak.



19.10.2021
Majlis telah diadakan di Dewan Serbaguna MWPKL dengan kehadiran had tetamu dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak MKN.
Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBhg Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan diteruskan dengan ucaptama oleh YBhg Datuk Dr.Mohd Daud bin Bakar, Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Ucapan perasmian bagi menyempurnakan majlis telah disampaikan oleh YB Senator Tuan Haji Idris bin Haji Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri ( Hal Ehwal Agama). Anugerah Tokoh Utama Maulidur Rasul SAW Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan 1443H/2021M telah dianugerahkan kepada YBhg. Tan Sri Dato’ Othman bin Mustapha. Majlis diakhiri dengan bacaan selawat beramai-ramai ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.



1.2.2021
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan Forum Sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2021 bertempat di Dewan Solat Utama Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur secara langsung melalui FB dan Youtube rasmi JAWI.
Tiga orang personaliti telah dijemput bagi menjayakan forum yang bertajuk ‘Kota Bercahaya’ iaitu Us.Haji Mohd Amri bin Abdullah sebagai moderator dan dua ahli panel iaitu Ybhg Datuk Dr. Haji Zahazan bin Mohamed dan Ybhg Prof Madya Dr.Sharifah Hayati binti Syed Ismail. Ybhg. Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI yang diringi oleh Yg.brs Tuan Haji Muhyidin bin Aziz, Imam Besar MWPKL turut hadir semasa forum tersebut berlangsung.



19.2.2021
19 FEBRUARI 2021 / 07 REJAB 1442H (JUMAAT), Seramai 33 keluarga ibu tunggal di sekitar Flat Fasa 8 & 9 Bandar Baru Sentul telah menerima bantuan berbentuk barangan keperluan asas daripada Bait Al-Rizq Masjid Wilayah Persekutuan.
Sumbangan telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Turut hadir dalam majlis penyerahan sumbangan ini adalah YBrs. Tuan Haji Muhyidin bin Aziz @ Saari, Imam Besar MWP dan YBhg. Datuk Haji Abdul Razak, Pengerusi KRT Bandar Baru Sentul Fasa 8 & 9. Jumlah sumbangan yang diberikan adalah bernilai RM100 bagi setiap keluarga. Penyampaian sumbangan ini merupakan salah satu aktiviti dibawah Mosque Care Programme dalam Pelan Pengimarahan Masjid Wilayah Persekutuan.
Semoga usaha ini dapat menanamkan sikap prihatin dan menyemaikan rasa kasih sayang dalam kalangan masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |



