8
17 OKTOBER 2024M | 14 RABIULAKHIR 1446H (KHAMIS) -Cawangan Khidmat Sosial & Kebajikan Masjid Wilayah Persekutuan telah mengadakan misi sumbangan bencana alam di Jalan E6, Taman Melawati, Ampang Jaya, Selangor. Program yang berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 10.30 pagi ini melibatkan penyerahan bantuan kepada tujuh keluarga penerima yang terjejas.
Program dimulakan dengan sesi penyerahan air mineral kepada Pasukan Keselamatan Bencana Alam, diikuti dengan bantuan makanan dan keperluan asas seperti biskut, bantal, selimut, dan tuala kepada keluarga yang memerlukan. Penyerahan dilakukan oleh Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan, Ustaz Jamal bin Abdul Halim.
Selain itu, sumbangan juga disampaikan kepada Urusetia Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Melawati. Semua penyerahan berjalan dengan lancar, dan penerima bantuan menyatakan rasa syukur atas sumbangan yang diterima.
Program ini bertujuan untuk meringankan beban keluarga yang terjejas oleh bencana alam, serta mengukuhkan semangat kebersamaan dalam masyarakat. Diharapkan inisiatif ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi membantu lebih ramai individu dan keluarga yang memerlukan.
๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐:
๐ ๐๐๐๐๐๐
๐ก๐ญ๐ญ๐ฉ๐ฌ://๐ฐ๐ฐ๐ฐ.๐ฆ๐๐ฌ๐ฃ๐ข๐๐ฐ๐ข๐ฅ๐๐ฒ๐๐ก.๐ ๐จ๐ฏ.๐ฆ๐ฒ/
๐ ๐
๐๐๐๐๐๐๐
๐ก๐ญ๐ญ๐ฉ๐ฌ://๐ฐ๐ฐ๐ฐ.๐๐๐๐๐๐จ๐จ๐ค.๐๐จ๐ฆ/๐ฆ๐๐ฌ๐ฃ๐ข๐๐ฐ๐ข๐ฅ๐๐ฒ๐๐ก๐ฉ๐๐ซ๐ฌ๐๐ค๐ฎ๐ญ๐ฎ๐๐ง/
๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐
๐ก๐ญ๐ญ๐ฉ๐ฌ://๐ข๐ง๐ฌ๐ญ๐๐ ๐ซ๐๐ฆ.๐๐จ๐ฆ/๐ฆ๐๐ฌ๐ฃ๐ข๐๐ฐ๐ข๐ฅ๐๐ฒ๐๐ก๐ฉ๐๐ซ๐ฌ๐๐ค๐ฎ๐ญ๐ฎ๐๐ง
๐ ๐๐๐๐๐๐๐
๐ก๐ญ๐ญ๐ฉ๐ฌ://๐ฒ๐จ๐ฎ๐ญ๐ฎ๐๐.๐๐จ๐ฆ/@๐ฆ๐๐ฌ๐ฃ๐ข๐๐ฐ๐ข๐ฅ๐๐ฒ๐๐ก๐ฉ๐๐ซ๐ฌ๐๐ค๐ฎ๐ญ๐ฎ๐๐ง
๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐
๐ก๐ญ๐ญ๐ฉ๐ฌ://๐ญ.๐ฆ๐/๐ ๐๐ง๐ ๐ฆ๐ฐ๐ฉ
โ
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Disediakan oleh:
Cawangan Khidmat Sosial & Kebajikan,
Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
8
16 OKTOBER 2024M | 13 RABIULAKHIR 1446H (RABU) - Masjid Wilayah Persekutuan sentiasa komited membantu dan menyantuni golongan asnaf di Wilayah Persekutuan. Cawangan Khidmat Sosial dan Kebajikan yang diketuai oleh Ustaz Dr. Syapol Maarof bin Mohd, Imam Kanan Masjid Wilayah Persekutuan telah membuat penyerahan barangan Baitul Rizq berupa barangan keperluan asas kepada 30 orang penerima barangan Baitul Rizq di Pangsapuri DBKL Gombak F2, Taman Melati, Setapak, Kuala Lumpur.
Selain penyerahan barangan keperluan asas, tim Masjid Wilayah Persekutuan bersama wakil persatuan penduduk Pangsapuri DBKL Gombak F2 turut melakukan Ziarah Rahmah kepada tiga (3) orang pesakit kritikal yang tinggal di pangsapuri tersebut. Program berjalan dengan baik dan lancar di mana tim Masjid Wilayah Persekutuan disambut baik oleh Ketua Persatuan Penduduk Pangsapuri DBKL Blok F2 Taman Melati. Program berakhir pada jam 11.00 pagi.
Semoga dengan bantuan ini, sedikit sebanyak dapat membantu penerima dalam menjalani kehidupan seharian mereka.
๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐:
๐ ๐๐๐๐๐๐
๐ก๐ญ๐ญ๐ฉ๐ฌ://๐ฐ๐ฐ๐ฐ.๐ฆ๐๐ฌ๐ฃ๐ข๐๐ฐ๐ข๐ฅ๐๐ฒ๐๐ก.๐ ๐จ๐ฏ.๐ฆ๐ฒ/
๐ ๐
๐๐๐๐๐๐๐
๐ก๐ญ๐ญ๐ฉ๐ฌ://๐ฐ๐ฐ๐ฐ.๐๐๐๐๐๐จ๐จ๐ค.๐๐จ๐ฆ/๐ฆ๐๐ฌ๐ฃ๐ข๐๐ฐ๐ข๐ฅ๐๐ฒ๐๐ก๐ฉ๐๐ซ๐ฌ๐๐ค๐ฎ๐ญ๐ฎ๐๐ง/
๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐
๐ก๐ญ๐ญ๐ฉ๐ฌ://๐ข๐ง๐ฌ๐ญ๐๐ ๐ซ๐๐ฆ.๐๐จ๐ฆ/๐ฆ๐๐ฌ๐ฃ๐ข๐๐ฐ๐ข๐ฅ๐๐ฒ๐๐ก๐ฉ๐๐ซ๐ฌ๐๐ค๐ฎ๐ญ๐ฎ๐๐ง
๐ ๐๐๐๐๐๐๐
๐ก๐ญ๐ญ๐ฉ๐ฌ://๐ฒ๐จ๐ฎ๐ญ๐ฎ๐๐.๐๐จ๐ฆ/@๐ฆ๐๐ฌ๐ฃ๐ข๐๐ฐ๐ข๐ฅ๐๐ฒ๐๐ก๐ฉ๐๐ซ๐ฌ๐๐ค๐ฎ๐ญ๐ฎ๐๐ง
๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐
๐ก๐ญ๐ญ๐ฉ๐ฌ://๐ญ.๐ฆ๐/๐ ๐๐ง๐ ๐ฆ๐ฐ๐ฉ
โ
![]() |
![]() |
![]() |
|
Disediakan oleh:
Cawangan Khidmat Sosial & Kebajikan,
Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
8
16 OKTOBER 2024M | 13 RABIULAKHIR 1446H (RABU) - Kunjungan Mahabbah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur (JAWI) dan Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur (MWPKL) ke Sungai Besar, Selangor.
Sebagai salah satu bahagian di bawah pentadbiran JAWI, MWPKL sentiasa komited dalam membantu asnaf dan insan yang memerlukan tidak kira walau di mana mereka berada.
Pada 16 Oktober 2024 juga telah berlangsungnya kunjungan mahabbah delegasi JAWI ke Sungai Besar, Selangor bagi membincangkan secara terperinci penganjuran Program Santuni Madani yang akan dilangsungkan dalam masa yang terdekat. Delegasi JAWI telah diketuai oleh YBhg. Kolonel Datuk Hj. Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI merangkap Pengerusi Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dan disertai oleh Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan, Ustaz Tuan Haji Jamal bin Abdul Halim bersama ketua-ketua bahagian dan para delegasi lain dari JAWI.
Kunjungan di Sungai Besar ini lebih kepada Kampung Parit 5 & Parit 6 melibatkan beberapa pertemuan dan kunjungan utama iaitu:
1) Kunjungan ke Pegawai Tadbir Agama, Sabak Bernam.
2) Bertemu Y.D.H Dato' Orang Kaya Maha Bijaya Sabak Bernam, YBhg. Dato' Dr. Hj Paridul Adras B. Ismail, Tuan Nazir, Barisan AJK & Wakil Penduduk dan Masjid Badli Shah Parit 6, Sungai Besar, Selangor.
3) Kunjungan kepada Guru Besar, Sekolah Keb. Parit 6.
4) Kunjungan Hormat kepada Pegawai Daerah & Tanah Sabak Bernam.
JAWI dan Masjid Wilayah Persekutuan sentiasa komited untuk terus menjayakan program berkonsepkan Dakwah Bil Hal kepada umat Islam tidak kira walau di mana mereka berada.
๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐:
๐ ๐๐๐๐๐๐
๐ก๐ญ๐ญ๐ฉ๐ฌ://๐ฐ๐ฐ๐ฐ.๐ฆ๐๐ฌ๐ฃ๐ข๐๐ฐ๐ข๐ฅ๐๐ฒ๐๐ก.๐ ๐จ๐ฏ.๐ฆ๐ฒ/
๐ ๐
๐๐๐๐๐๐๐
๐ก๐ญ๐ญ๐ฉ๐ฌ://๐ฐ๐ฐ๐ฐ.๐๐๐๐๐๐จ๐จ๐ค.๐๐จ๐ฆ/๐ฆ๐๐ฌ๐ฃ๐ข๐๐ฐ๐ข๐ฅ๐๐ฒ๐๐ก๐ฉ๐๐ซ๐ฌ๐๐ค๐ฎ๐ญ๐ฎ๐๐ง/
๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐
๐ก๐ญ๐ญ๐ฉ๐ฌ://๐ข๐ง๐ฌ๐ญ๐๐ ๐ซ๐๐ฆ.๐๐จ๐ฆ/๐ฆ๐๐ฌ๐ฃ๐ข๐๐ฐ๐ข๐ฅ๐๐ฒ๐๐ก๐ฉ๐๐ซ๐ฌ๐๐ค๐ฎ๐ญ๐ฎ๐๐ง
๐ ๐๐๐๐๐๐๐
๐ก๐ญ๐ญ๐ฉ๐ฌ://๐ฒ๐จ๐ฎ๐ญ๐ฎ๐๐.๐๐จ๐ฆ/@๐ฆ๐๐ฌ๐ฃ๐ข๐๐ฐ๐ข๐ฅ๐๐ฒ๐๐ก๐ฉ๐๐ซ๐ฌ๐๐ค๐ฎ๐ญ๐ฎ๐๐ง
๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐
๐ก๐ญ๐ญ๐ฉ๐ฌ://๐ญ.๐ฆ๐/๐ ๐๐ง๐ ๐ฆ๐ฐ๐ฉ
โ
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Disediakan oleh:
Admin,
Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
8
20-22 SEPT. 2024M | 16-18 RABIULAWAL 1446H (JUMAAT-AHAD) - Masjid Wilayah Persekutuan melalui Unit Kelas Pengajian telah mengadakan Kursus Profesionalisme Imam & Bilal pada 20, 21 dan 22 September 2024 bertempat di Hotel Seri Malaysia, Ayer Keroh, Melaka.
Seramai 30 orang peserta terdiri daripada pegawai dari institusi Pengajian dan Agensi Kerajaan seluruh Wilayah Persekutuan telah mengikuti kursus ini. Kursus ini memberi pendedahan bahawa pentingnya imam dan bilal di Wilayah Persekutuan mempunyai kemahiran dan teknik yang betul dalam menjalankan tugas dan menghadapi masyarakat yang terdiri daripada pelbagai latar belakang pendidikan dan lain-lain.
Panel penceramah terdiri daripada Ss. Tuan Hj Hazaruddin bin Baharuddin (Timb Mufti Melaka), Us. Tuan Hj Ehsan bin Mohd Hosni (Imam Besar Masjid Negara), Dr. Khalid bin Isa (Imam Kanan Masjid Wilayah Persekutuan) dan Ustaz Jamal Zaidi bin Ismail (Imam Kanan Masjid Wilayah Persekutuan) yang mengisi slot motivasi dalam sesi kursus ini.
Semoga semua peserta yang hadir beroleh ilmu yang bermanfaat untuk diaplikasikan kepada anak kariah dan pengurusan masjid ditempat masing-masing.
๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐:
๐ ๐๐๐๐๐๐
๐ก๐ญ๐ญ๐ฉ๐ฌ://๐ฐ๐ฐ๐ฐ.๐ฆ๐๐ฌ๐ฃ๐ข๐๐ฐ๐ข๐ฅ๐๐ฒ๐๐ก.๐ ๐จ๐ฏ.๐ฆ๐ฒ/
๐ ๐
๐๐๐๐๐๐๐
๐ก๐ญ๐ญ๐ฉ๐ฌ://๐ฐ๐ฐ๐ฐ.๐๐๐๐๐๐จ๐จ๐ค.๐๐จ๐ฆ/๐ฆ๐๐ฌ๐ฃ๐ข๐๐ฐ๐ข๐ฅ๐๐ฒ๐๐ก๐ฉ๐๐ซ๐ฌ๐๐ค๐ฎ๐ญ๐ฎ๐๐ง/
๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐
๐ก๐ญ๐ญ๐ฉ๐ฌ://๐ข๐ง๐ฌ๐ญ๐๐ ๐ซ๐๐ฆ.๐๐จ๐ฆ/๐ฆ๐๐ฌ๐ฃ๐ข๐๐ฐ๐ข๐ฅ๐๐ฒ๐๐ก๐ฉ๐๐ซ๐ฌ๐๐ค๐ฎ๐ญ๐ฎ๐๐ง
๐ ๐๐๐๐๐๐๐
๐ก๐ญ๐ญ๐ฉ๐ฌ://๐ฒ๐จ๐ฎ๐ญ๐ฎ๐๐.๐๐จ๐ฆ/@๐ฆ๐๐ฌ๐ฃ๐ข๐๐ฐ๐ข๐ฅ๐๐ฒ๐๐ก๐ฉ๐๐ซ๐ฌ๐๐ค๐ฎ๐ญ๐ฎ๐๐ง
๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐
๐ก๐ญ๐ญ๐ฉ๐ฌ://๐ญ.๐ฆ๐/๐ ๐๐ง๐ ๐ฆ๐ฐ๐ฉ
โ
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Disediakan oleh:
Unit Kelas Pengajian,
Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

23-25 OGOS 2024M | 18-20 SAFAR 1446H (JUMAAT-AHAD) โ PROGRAM PERMATA REMAJA, KEM MOTIVASI PELAJAR 2024 Program telah dianjurkan oleh Unit Dakwah Masjid Wilayah Persekutuan pada 23-25 Ogos 2024 bertempat di Lembah Azwen Resort, Hulu Langat, Selangor. Peserta merupakan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasik Selatan seramai 40 orang bersama 4 guru pengiring. Antara pengisian program dan aktivti adalah sesi ice breaking, rempuh halangan, water confident, senamrobik dan sesi pengisian rohani. Seramai 11 orang urusetia terlibat mengendalikan program tersebut yang diketuai oleh YBrs. Us. Syapol Maโarof bin Mohd, PPK Unit Kebajikan dan Sosial dan Ybrs. Us. Jamal Zaidi bin Ismail, PPK Unit Khidmat Pengurusan MWPKL.

Unit Dakwah,
Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.