
21-22 Mei 2016 bersamaan 14-15 Syaaban 1437H (Sabtu dan Ahad) -Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah telah mengampuni perkenan untuk berangkat ke Majlis Perasmian Program Karnival Muslimah dan Pengurniaan Sumbangan Yayasan Anak-Anak Yatim Sultanah Haminah bertempat diDewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Penerima sumbangan pada majlis tersebut terdiri dari 200 orang anak yatim dan 100 orang ibu tunggal.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Disediakan Oleh:
Admin, Masjid Wilayah Persekutuan.

19 April 2016 bersamaan 11 Rejab 1437H (Selasa) -Program Simposium Keluarga Bahagia anjuran Cawangan Pengimarahan MWPKL telah dirasmikan oleh Tuan Haji Yaakob bin Abdul Rahim, Timbalan Pengarah Operasi JAWI bertempat di Dewan Serbaguna MWPKL. Dianggarkan seramai 400 orang peserta telah hadir menyertai simposium tersebut.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Disediakan Oleh:
Admin, Masjid Wilayah Persekutuan.







