23.2.2017
Seminar Didik Anak Cara Nabi anjuran Cawangan Pengimarahan MWPKL telah berlangsung di dewan serbaguna MWPKL dengan kehadiran 500 orang peserta. Ceramah telah disampaikan oleh Us.Fadli Aziz dan Ustazah Isfadiah, Personaliti TV Al Hijrah.

21 Februari 2017 bersamaan 24 Jamadil Awal 1438H (Selasa) - Cawangan Kebajikan dan Sosial, Masjid Wilayah Persekutuan telah mengadakan Kuliah Bulanan Tafsir Lin-NISA'.

7 dan 8 Februari 2017 bersamaan 10 dan 11 Jamadil Awal 1438H (Selasa dan Rabu) - Cawangan Kebajikan dan Sosial, Masjid Wilayah Persekutuan telah mengadakan Pengajian Akbar Ulama' Nusantara- Kitab Aqidatun Najin.

6 Februari 2017 bersamaan 9 Jamadil Awal 1438H (Isnin) - Cawangan Kebajikan dan Sosial, Masjid Wilayah Persekutuan telah mengadakan Majlis Ta'lim Usrah bersama Ustaz Muhadir Haji Joll. Program ini diadakan pada setiap bulan dengan menggunakan Kitab Penawar Bagi Hati.
Seramai 150 orang peserta telah hadir mengikuti Usrah bulanan yang telah diadakan.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Disediakan oleh :
Admin, Masjid Wilayah Persekutuan

5 Februari 2017 bersamaan 8 Jamadil Awal 1438H (Ahad) - Cawangan Kebajikan dan Sosial Unit Pelancongan Agama, Masjid Wilayah Persekutuan telah mengadakan Kursus Pemantapan Aqidah Sukarelawan Siri 1/2017. Kursus ini diadakan bertujuan untuk memantapkan penyampaian dakwah kepada pelancong non-muslim.
Kursus ini dihadiri para sukarelawan MWPKL yang telah diadakan di Dewan Serbaguna MWPKL. Kursus ini telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Fitri Abdullah dengan tajuk: Agama Islam dan Hindu-"Titik Persamaan dan Ruang Perbezaan".
![]() |
![]() |
Disediakan oleh :
Admin, Masjid Wilayah Persekutuan





