9.2.2019
Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menganjurkan Pertandingan Memanah Piala Masjid Wilayah Persekutuan 2019 bertempat di perkarangan Laman Hidayah dengan penyertaan sebanyak 100 orang melibatkan peserta dewasa dan kanak-kanak.

29.1.2019
Program FAM Trip & Briefing : Federal Territory Mosque Kuala Lumpur anjuran Masjid Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Islamic Tour Centre ITC telah disempurnakan oleh Yg. Brs. Tuan Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan diiringi Us. Mohd Zamri bin Abdul Halim mewakili MWPKL dan En. Zain Azrai wakil ITC bertempat di dewan jamuan.
17.1.2019
Kongres Ekonomi dan Pengimarahan Masjid Peringkat Wilayah Persekutuan 2019/1440H anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Dr.Mujahid bin Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) bertempat di Dewan Serbaguna.
12.11.2018
Masjid Wilayah Persekutuan (MWP), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan Forum Khas Muslimat : Wanita Muslimah Sejahtera Ummah 2018. Program ini telah dihadiri seramai 700 peserta yang terdiri daripada kakitangan Kerajaan, Swasta dan Orang Awam sekitar Wilayah Kuala Lumpur dan Selangor

29.10.2018
Majlis perjumpaan pegawai dan kakitangan Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bersama Imam Besar yang baru dlantik iaitu Tuan Haji Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim telah diadakan di bilik mesyuarat Al-Khawarizmi. Pada perjumpaan tersebut Imam Besar telah diberikan taklimat tentang pentadbiran dan pengurusan serta program-program yang diadakan di MWPKL. Beliau juga telah diperkenalkan dengan barisan pegawai-pegawai dan kakitangan MWPKL pada perjumpaan tersebut.