Kuala Lumpur,Putrajaya
13 Zulkaedah 1447  |  01 May 2026
05:43
Imsak
05:53
Subuh
07:28
Dhuha
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Pelan Lantai MWP

ARAS 1

aras1big

ARAS 2

aras2big

ARAS 3

aras3big

Perkhidmatan Wifi

PENGENALAN :

Internet kini menjadi salah satu medium yang amat penting untuk berkomunikasi sama ada jarak jauh atau dekat. Penghantaran dan penyemakan dokumen-dokumen kerja, tugasan belajar dan emel menjadi rutin harian yang kadangkala terpaksa dilakukan diluar rumah atau pejabat. Selain itu, pasca Covid menyaksikan kemudahan internet adalah satu keperluan yang penting dan signifikan kepada manusia secara keseluruhan.

Sehubungan itu, pihak Masjid Wilayah Persekutuan kini menyediakan kemudahan “WIFI” kepada semua pengunjung. Kemudahan ini disediakan agar membolehkan para Jemaah menyelesaikan sesetengah kerja harian di masjid.

Lokasi :

a. Anjung A

b. Anjung B

c. Kiosk MWPKL

d. Perpustakaan

e. Dewan Muslimin

Kemudahan untuk OKU

 

Fasiliti OKU 1 Fasiliti OKU 2
Fasiliti OKU 3 Fasiliti OKU 4

 

Lokasi : Antara Anjung A dan Anjung E, Masjid Wilayah Persekutuan.

Kemudahan yang disediakan :

a. Al Quran dalam tulisan Braille

b. Kerusi untuk kegunaan Jemaah bersolat secara duduk

c. Lif (bertempat di Anjung A)

d. Laluan OKU – Ada di anjung A, B, C, D.

Pejabat Pentadbiran Masjid Wilayah Persekutuan

Aras 2:

Fasiliti ARAS 2 Pejabat Pentadbiran

Lokasi : Anjung A, Masjid Wilayah Persekutuan

Masa Operasi : 8.00 pagi hingga 4.30 petang 

Taska Darul Hanan

 

Fasiliti Taska 1
Fasiliti Taska 2

 

Syarat Kemasukan
Taska Darul Hannan adalah terbuka kepada orang ramai yang berpendapatan RM3000.00 kebawah (suami dan isteri). Borang TEMPAHAN boleh didapati di cawangan taska yang terletak di Anjung D, Masjid Wilayah Persekutuan. Sila kepilkan bersama gaji suami dan isteri berserta mykid kanak-kanak yang ingin didaftarkan bersama borang pendaftaran taska ke pejabat taska.   

Sekiranya tempahan tuan-tuan dan puan-puan terpilih, pihak taska akan menghubungi tuan-tuan dan puan-puan terpilih, pihak Taska akan menghubungi tuan-tuan dan puan-puan untuk mengambil BORANG PENDAFTARAN dan BORANG PERATURAN TASKA. Kanak-kanak yang masih tidak terpilih akan dimasukkan di dalam senarai menunggu mengikut tarikh borang tempahan yang dihantar.

Jika anak anda ingin menamatkan sesi pembelajaran di TDH, sila isikan borang BERHENTI bewarna hijau sebulan sebelum anak anda berhenti dari Taska. Ini bagi memudahkan penempatan kepada kanak-kanak lain yang masih dalam senarai menunggu.


Hubungi Kami:

Cawangan Masjid Wilayah (Anjung D)
Jalan Tuanku Abdul Halim,

50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-62013339 

Subcategories