Kuala Lumpur,Putrajaya
21 Syawal 1447  |  10 April 2026
05:51
Imsak
06:01
Subuh
07:34
Dhuha
13:17
Zohor
16:25
Asar
19:22
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

RUJU’ / ‘IDDAH / JENIS ‘IDDAH DAN TEMPOH ‘IDDAH

RUJU’

 Iaitu mengembalikan isteri yang ditalaq raj’i kepada ikatan perkahwinan semasa tempoh ‘iddah dengan lafaz tertentu seperti : “aku ruju’ akan dikau kepada nikahku yang dahulu.”

 

‘IDDAH

Iaitu tempoh menunggu bagi isteri yang diceraikan atau kematian suami sebelum dibolehkan berkahwin dengan lelaki lain sebagai tanda pengabdian diri kepada Allah ; atau berkabung kerana berpisah dengan suami ; atau untuk memastikan isteri tidak mengandung anak bekas suaminya.

CATATAN :

 Bagi seorang suami yang beristeri empat dan telah menceraikan salah seorang isterinya, dia hendaklah menunggu sehingga tamat tempoh ‘iddah isteri yang diceraikan sebelum berkahwin lagi.

 

JENIS ‘IDDAH DAN TEMPOH ‘IDDAH

      *Isteri yang masih mempunyai haid

-          3 kali suci: jika ditalaq semasa suci dan tidak disetubuhi, tempoh ‘iddahnya adalah apabila datang haid yang ketiga. Jika ditalaq semasa suci dan disetubuhi / semasa haid, tempoh ‘iddahnya adalah apabila datang haid yang keempat.

 

      *Telah putus haid / belum pernah haid

-          3 bulan

 

       *Sedang hamil

-          Melahirkan kandungan atau keguguran

 

       *Kematian suami

-          4 bulan 10 hari

ZIHAR / KAFFARAH ZIHAR / ILA’ / KAFFARAH ILA’

ZIHAR

Iaitu lafaz suami yang menyamakan mana-mana anggota zahir isteri dengan anggota wanita yang mahram muabbad kepada suami.

 

Lafaz zihar terbahagi kepada dua:

a.      Lafaz sarih (jelas): lafaz yang menunjukkan kepada maksud zihar sahaja dan tidak boleh diandaikan kepada maksud yang lain.lafaz sarih ini tidak memerlukan kepada niat selagi mana seorang suami itu wars dan memahami apa yang dikatakannya.

Contoh : suami berkata kepada isterinya : “Engkau haram ke atasku seperti haramnya belakang ibuku”.

 

b.      Lafaz kinayah (kiasan) : lafaz yang boleh diandaikan sebagai zihar dan boleh juga diandaikan sebagai bukan zihar. Sekiranya diniatkan zihar maka lafaz tersebut menjadi zihar dan sebaliknya jika diniatkan sebagai bukan zihar.

Contoh : Suami berkata kepada isterinya, “Engkau seperti ibuku dan adik perempuanku”.

 

KAFFARAH ZIHAR

Sebelum suami kembali bersama semula dengan isterinya ( bersetubuh ), suami hendaklah menyempurnakan kaffarah zihar mengikut tertib kemampuan seperti berikut :

a.      Memerdekakan seorang hamba mukmin yang tidak cacat; jika tidak mampu.

b.      Berpuasa dua bulan berturut-turut; jika tidak mampu

c.       Memberi makan 60 orang miskin ( secupak setiap orang makanan asasi kawasan tersebut ).

 

ILA’

Iaitu sumpahan syarie seorang suami untuk tidak melakukan persetubuhan dengan isterinya lebih daripada empat bulan atau tidak disebutkan tempoh masa.

 

Jika tempoh empat bulan telah tamat, dan suami masih tetap dengan sumpahnya, beliau dianggap telah memudaratkan isterinya. Pada ketika itu, dengan tuntutan daripada pihak isteri, Hakim berhak mengambil salah satu daripada tindakan berikut :

a.      Memaksa suami menarik balik sumpahnya dan kembali semula kepada isterinya setelah membayar kaffarah ila’.

b.      Memaksa suami menceraikan isterinya jika dia enggan menarik balik sumpahnya dan tetap berpegang dengan sumpahnya.

 

KAFFARAH ILA’

Sebelum bersetubuh dengan isteri, suami hendaklah menyempurnakan salah satu perkara di bawah sebagai kaffarah:

a.      Memberi makan kepada 10 orang fakir miskin; atau

b.      Memberi pakaian kepada 10 orang fakir miskin; atau

c.       Memerdekakan seorang hamba muslim; atau

d.      Berpuasa selama 3 hari ( sekiranya tidak mampu melakukan tiga perkara di atas )

PEMBUBARAN PERNIKAHAN / JENIS TALAQ /

PEMBUBARAN PERNIKAHAN

a.      Talaq

  • Melepaskan ikatan perkahwinan dengan menggunakan lafaz cerai, talaq atau seumpamanya oleh suami kepada isteri.

 

b.      Ta’liq

  • Suami mengaitkan talaq dengan sesuatu syarat yang telah ditetapkan dengan menggunakan perkataan syarat atau ta’liq seperti kata suami kepada isteri, “sekiranya engkau pulang ke rumah ibu bapa engkau, akan tercerailah engkau.”

 

c.       Khuluk ( tebus talaq )

  • Penceraian yang diminta oleh isteri daropada suami dengan memberikan wang atau harta benda kepada suami sebagai bayaran ganti rugi untuk menebus dirinya (isteri)

 

d.      Fasakh

  • Pembubaran perkahwinan disebabkan oleh sesuatu keadaan yang diharuskan oleh Hukum Syara dengan kuasa Mahkamah sama ada dikemukakan oleh suami atau isteri

 

e.      Li’an

  • Tuduhan suami kepada isteri melakukan zina ( jika dia mengetahui isterinya telah berzina atau mempunyai sangkaan yang kuat bahawa isterinya berzina )

 

JENIS TALAQ

a.      Talaq raj’i – talaq yang suami dapat merujuk kembali kepada bekas isterinya dalam tempoh ‘iddah tanpa memerlukan akad serta mahar yang baru.

b.      Talaq bain – terbahagi kepada dua iaitu :

i-                    Bain sughra :

talaq yang suami tidak bolehrujuk kembali kepada bekas isterinya melainkan dengan akad perkahwinan dan mahar yang baru.

Contoh : khuluk dan fasakh

 

ii-                  Bain kubra :

Talaq dengan li’an – terputus hubungan suami isteri selama-lamanya

Talq yang dijatuhkan sebanyak tiga kali ( secara berasingan atau tiga kali sekaligus ).suami dilarang berkahwin semula dengan bekas isterinya melainkan bekas isterinya telah berkahwin dengan lelaki lain ( dengan pernikahan yang sah dan telah disetubuhi ) kemudian diceraikan dan telah tamat tempoh ‘iddahnya.

 

TAKRIF TALAQ / BENTUK LAFAZ TALAQ / BENTUK LAFAZ TALAQ / HUKUM TALAQ

TAKRIF TALAQ

      Bahasa     : melepaskan ikatan perkahwinan

      Istilah         : melepaskan ikatan perkahwinan dengan menggunakan lafaz cerai, talaq atau seumpamanya oleh

                           suami kepada isteri.

 

BENTUK LAFAZ TALAQ

      Secara sarih         : iaitu lafaz yang jelas menunjukkan cerai seperti : “aku ceraikan kamu.”

       Secara kinayah   : iaitu lafaz secara sindiran atau kiasan seperti : “Baliklah ke rumah emak dan ayah kamu.”

 

HUKUM TALAQ

a.      Wajib

  • Bila berlaku syiqaq di antara suami dan isteri yang tidak dapat didamaikan setelah melalui proses  hakam oleh mahkamah.
  • Bila suami melafazkan ila’ kepada isterinya dan suami masih tetap dengan sumpahnya selepas tamat tempoh empat bulan ( tertakluk kepada syarat-syarat tertentu .
  • Bila suami tidak mampu (lemah) menyempurnakan hak isteri.

b.      Sunat

  • Apabila isterinya berakhlak buruk yang melebihi adat.

 

c.       Makruh

  • Apabila suami menceraikan isteri yang berkelakuan baik atau menceraikan isteri tanpa sebab.

 

d.      Harus

  •  Apabila suami tiada keinginan terhadap isteri atau apabila isteri tidak membenarkan suami membayar maskahwin untuk bersama dengannya.

 

e.      Haram

  • Apabila suami menceraikan isteri dalam keadaan haid atau dalam masa suci sebaik sahaja selepas disetubuhi  ( dikhuatiri isteri tadi mengandung ) atau untuk menghalang isteri daripada mendapat harta pusaka atau isteri yang belum disempurnakan gilirannya.
  • Sekiranya suami melafazkan talaq dalam keadaan- keadaan di atas, talaq tetap jatuh ( sah ) manakala perbuatannya adalah haram dan berdosa.

 

 

SEBAB-SEBAB PERPINDAHAN WALI AQRAB KEPADA WALI AB’AD / SEBAB-SEBAB PERPINDAHAN WALI NASAB KEPADA WALI HAKIM

SEBAB-SEBAB PERPINDAHAN WALI AQRAB KEPADA WALI AB’AD

  1. Wali aqrab kafir atau fasiq
  2. Wali aqrab belum baligh
  3. Wali aqrab pitam atau koma selama satu hari atau lebih.
  4. Wali aqrab gila
  5. Wali aqrab dungu / safih

 

SEBAB-SEBAB PERPINDAHAN WALI NASAB KEPADA WALI HAKIM

  1. Wali aqrab dalam ihram haji / umrah
  2. Tidak mempunyai wali nasab
  3. Wali aqrab sengaja enggan
  4. Anak tidak sah taraf
  5. Saudara baru yang tiada wali nasab
  6. Wali aqrab hendak berkahwin dengan pemohon yang tiada wali setaraf.
  7. Wali ghaib (hilang) yang tidak dapat dikesan
  8. Wali nasab berada jauh lebih daripada dua marhalah (93 km)