Kuala Lumpur,Putrajaya
20 Syawal 1447  |  09 April 2026
05:52
Imsak
06:02
Subuh
07:34
Dhuha
13:18
Zohor
16:25
Asar
19:22
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

ZIHAR / KAFFARAH ZIHAR / ILA’ / KAFFARAH ILA’

ZIHAR

Iaitu lafaz suami yang menyamakan mana-mana anggota zahir isteri dengan anggota wanita yang mahram muabbad kepada suami.

 

Lafaz zihar terbahagi kepada dua:

a.      Lafaz sarih (jelas): lafaz yang menunjukkan kepada maksud zihar sahaja dan tidak boleh diandaikan kepada maksud yang lain.lafaz sarih ini tidak memerlukan kepada niat selagi mana seorang suami itu wars dan memahami apa yang dikatakannya.

Contoh : suami berkata kepada isterinya : “Engkau haram ke atasku seperti haramnya belakang ibuku”.

 

b.      Lafaz kinayah (kiasan) : lafaz yang boleh diandaikan sebagai zihar dan boleh juga diandaikan sebagai bukan zihar. Sekiranya diniatkan zihar maka lafaz tersebut menjadi zihar dan sebaliknya jika diniatkan sebagai bukan zihar.

Contoh : Suami berkata kepada isterinya, “Engkau seperti ibuku dan adik perempuanku”.

 

KAFFARAH ZIHAR

Sebelum suami kembali bersama semula dengan isterinya ( bersetubuh ), suami hendaklah menyempurnakan kaffarah zihar mengikut tertib kemampuan seperti berikut :

a.      Memerdekakan seorang hamba mukmin yang tidak cacat; jika tidak mampu.

b.      Berpuasa dua bulan berturut-turut; jika tidak mampu

c.       Memberi makan 60 orang miskin ( secupak setiap orang makanan asasi kawasan tersebut ).

 

ILA’

Iaitu sumpahan syarie seorang suami untuk tidak melakukan persetubuhan dengan isterinya lebih daripada empat bulan atau tidak disebutkan tempoh masa.

 

Jika tempoh empat bulan telah tamat, dan suami masih tetap dengan sumpahnya, beliau dianggap telah memudaratkan isterinya. Pada ketika itu, dengan tuntutan daripada pihak isteri, Hakim berhak mengambil salah satu daripada tindakan berikut :

a.      Memaksa suami menarik balik sumpahnya dan kembali semula kepada isterinya setelah membayar kaffarah ila’.

b.      Memaksa suami menceraikan isterinya jika dia enggan menarik balik sumpahnya dan tetap berpegang dengan sumpahnya.

 

KAFFARAH ILA’

Sebelum bersetubuh dengan isteri, suami hendaklah menyempurnakan salah satu perkara di bawah sebagai kaffarah:

a.      Memberi makan kepada 10 orang fakir miskin; atau

b.      Memberi pakaian kepada 10 orang fakir miskin; atau

c.       Memerdekakan seorang hamba muslim; atau

d.      Berpuasa selama 3 hari ( sekiranya tidak mampu melakukan tiga perkara di atas )