TAKRIF TALAQ / BENTUK LAFAZ TALAQ / BENTUK LAFAZ TALAQ / HUKUM TALAQ

TAKRIF TALAQ
Bahasa : melepaskan ikatan perkahwinan
Istilah : melepaskan ikatan perkahwinan dengan menggunakan lafaz cerai, talaq atau seumpamanya oleh
suami kepada isteri.
BENTUK LAFAZ TALAQ
Secara sarih : iaitu lafaz yang jelas menunjukkan cerai seperti : “aku ceraikan kamu.”
Secara kinayah : iaitu lafaz secara sindiran atau kiasan seperti : “Baliklah ke rumah emak dan ayah kamu.”
HUKUM TALAQ
a. Wajib
- Bila berlaku syiqaq di antara suami dan isteri yang tidak dapat didamaikan setelah melalui proses hakam oleh mahkamah.
- Bila suami melafazkan ila’ kepada isterinya dan suami masih tetap dengan sumpahnya selepas tamat tempoh empat bulan ( tertakluk kepada syarat-syarat tertentu .
- Bila suami tidak mampu (lemah) menyempurnakan hak isteri.
b. Sunat
- Apabila isterinya berakhlak buruk yang melebihi adat.
c. Makruh
- Apabila suami menceraikan isteri yang berkelakuan baik atau menceraikan isteri tanpa sebab.
d. Harus
- Apabila suami tiada keinginan terhadap isteri atau apabila isteri tidak membenarkan suami membayar maskahwin untuk bersama dengannya.
e. Haram
- Apabila suami menceraikan isteri dalam keadaan haid atau dalam masa suci sebaik sahaja selepas disetubuhi ( dikhuatiri isteri tadi mengandung ) atau untuk menghalang isteri daripada mendapat harta pusaka atau isteri yang belum disempurnakan gilirannya.
- Sekiranya suami melafazkan talaq dalam keadaan- keadaan di atas, talaq tetap jatuh ( sah ) manakala perbuatannya adalah haram dan berdosa.