Sabtu, 30 Rabiul Awal 1448H
12 September 2026
05:48
05:58
01:12
04:14
07:16
08:25

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Lawatan daripada Masjid As Syarif (MAS) Meru Klang

28.4.2011

Masjid Wilayah Persekutuan telah menerima lawatan dari pegawai-pegawai Masjid As Syarif  (MAS) Meru Klang, Selangor  seramai 35 orang terdiri dari muslimin dan muslimat.  Rombongan tersebut telah disambut oleh Yg. Bhg. Imam Besar MWP Tuan Hj. Zakaria bin Isa diiringi oleh pegawai pentadbiran masjid  bertempat di Dewan Muslimat. Taklimat lawatan telah disampaikan oleh Penolong Pengarah Cawangan Kebajikan Sosial MWP Hj. Oslan Affandi bin Abdullah.

Lawatan Sheikh Dr. Abdul Rahman bin Abdul Aziz As-Sudais Imam Masjidil Haram

22.4.201

Sheikh Dr. Abdul Rahman bin Abdul Aziz As-Sudais, Imam Masjidil  Haram telah menyampaikan khutbah dan mengimamkan solat Jumaat di Masjid Wilayah Persekutuan sebagai salah satu acara dalam rangka  lawatan  beliau ke Malaysia. Ketibaan beliau di Masjid Wilayah Persekutuan  telah disambut oleh Yg. Bhg. Dato’ Wan Mohamab b. Dato’ Sheikh Abd Aziz, Ketua Pengarah JAKIM diringi oleh Pegawai dan Kakitangan Masjid Wilayah Persekutuan.  Selepas solat Jumaat  beliau telah diraikan oleh pihak pentadbiran Masjid Wilayah Persekutuan dengan jamuan makan tengahari  yang turut dihadiri oleh YB Senator Mejar Jeneral  ( B )  Dato’ Seri  Jamil Khir bin Baharom.

Lawatan sambil belajar Tadika Cahaya Hati, Ampang Selangor

28.3.2011

Tadika Cahaya Hati, Ampang Selangor  telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Masjid Wilayah Persekutuan dan program lawatan  telah diadakan di Dewan Pernikahan. Seramai 40 orang pelajar tadika berumur 4 hingga 5 tahun diiringi oleh 5 orang guru pengiring  telah menyertai  rombongan  lawatan tersebut. Rombongan telah disambut oleh Ustaz Oslan bin Affendi, Penolong Pengarah Unit Kebajikan Sosial MWP.

lawatan dari Persatuan Belia Cemerlang Sg.Lalang Kedah

6.3.2011

Masjid Wilayah Persekutuan telah menerima lawatan dari Persatuan Belia Cemerlang Sg.Lalang Kedah pada 6.3.2011. Seramai 40 orang ahli rombongan telah diberikan  taklimat lawatan yang telah diadakan di bilik mesyuarat Al-Khawarizmi dan  disampaikan oleh Ustazah Fathiah bt Abdul Rahman.

lawatan sambil belajar dari Sekolah Perancis Malaysia

22.2.2011

Masjid Wilayah Persekutuan telah menerima lawatan sambil  belajar  dari Sekolah Perancis Malaysia. Rombongan seramai  40 orang terdiri pelajar dan guru sekolah tersebut diberi  taklimat lawatan oleh  sukarelawan mosque tour guide ABIM Outreach bertempat di Dewan Solat . Rombongan juga turut dibawa melawat sekitar kawasan Masjid Wilayah Persekutuan.

Publish the Menu module to "offcanvas" position. Here you can publish other modules as well.
Learn More.