10.2.2011
Masjid Wilayah Persekutuan telah menerima lawatan kerja dari Pengerusi Lembaga Pengurusan dan Pegawai Masjid Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu. Sesi taklimat lawatan dan dialog telah diadakan di bilik mesyuarat Al-Khawarizmi bersama ahli rombongan yang telah disampaikan oleh Tuan Haji Oslan Affendi bin Abdullah. Turut sama hadir pada sesi tersebut Yg. Bhg. Tuan Hj Zakariah bin Isa , Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan.




