Sabtu, 30 Rabiul Awal 1448H
12 September 2026
05:48
05:58
01:12
04:14
07:16
08:25

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Ahli Jawatankuasa Penerapan Nilai-Nilai Islam Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar Johor

 

23.11.2011

Masjid Wilayah Persekutuan telah menerima satu rombongan lawatan kerja dari Ahli Jawatankuasa Penerapan Nilai-Nilai Islam Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar Johor. Rombongan yang terdiri dari 25 orang ahli telah diberikan taklimat dan penerangan lawatan rasmi di bilik mesyuarat Al-Khawarizmi oleh Us.Oslan Affendi bin Abdullah Penolong Pengarah Unit Sosial dan Kebajikan MWP. Turut hadir meraikan rombongan tersebut Yg. Bhg. Imam Besar Tuan Haji Zakariah bin Isa.

Lawatan Dari Penggerak Masyarakat Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan

18.10.2011

Masjid Wilayah Persekutuan telah menerima rombongan Lawatan Dari Penggerak Masyarakat Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan  yang terdiri dari  100 orang ahli rombongan. Sesi  taklimat lawatan dan penerangan telah  disampaikan oleh Ustaz Oslan Affendi b Abdullah Penolong Pengarah Unit Kebajikan dan Sosial bertempat di dewan jamuan muslimat.

Lawatan Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan

 

12.10.2011

Lawatan Imam Besar Tuan Haji Zakaria bin Isa ke Restoran Hadoratul Maut. Lawatan tersebut diadakan pada 12.10.2011. Tujuan lawatan tersebut adalah ingin menyampaikan sijil penghargaan dan plak untuk kenangan dan ucapan terima kasih Masjid Wilayah Persekutuan kepada pengurus Restoran Hadoratul Maut kerana sudi member sumbangan makanan dan kerjasama restoran tersebut yang menjayakan Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri anjuran Badan Kebajikan Kakitangan MWP yang telah berlangsung dengan jayanya.

 

Lawatan Us.Haji Abdul Halim Merangkap Pengerusi (Badan Kebajikan Kakitangan Masjid Wilayah )BAKEM  Zakaria ke Restoran Andalus (Wakil Mr.Mahmood)

Lawatan sambil belajar dari Sekolah Alma Jaya Bukit Mertajam, Pulau Pinang

6.10.2011

Masjid Wilayah Persekutuan telah menerima rombongan lawatan sambil belajar dari Sekolah Alma Jaya Bukit Mertajam Pulau Pinang seramai 40 orang  terdiri dari pelajar-pelajar dan guru pengiring. Program dimulakan dengan ucapan aluan dari Imam Besar MWP, Tuan Haji Zakariah bin Isa manakala sesi lawatan dan penerangan disampaikan oleh Ustaz Oslan Affendi b Abdullah.

Lawatan dari Ikatan Badan Amal Islam Wilayah Persekutuan ( IKATAN )

30.6.2011

Majlis taklimat rasmi Masjid Wilayah Persekutuan telah diadakan di bilik mesyuarat Al-Khawarizmi bersempena dengan lawatan dari  Ikatan Badan Amal  Islam Wilayah Persekutuan ( IKATAN ) Taklimat lawatan rasmi telah disampaikan oleh Us. Oslan Affendi bin Abdullah, Penolong Pengarah MWP. Turut hadir meraikan rombongan  Yg. Bhg. Imam Besar MWP, Tuan Haji Zakariah bin Isa.

Publish the Menu module to "offcanvas" position. Here you can publish other modules as well.
Learn More.