
20.6.2011
Satu majlis taklimat lawatan rasmi telah diadakan di dewan muslimin Masjid Wilayah Persekutuan sempena kedatangan rombongan dari JKKK Kg. Melayu Sri Kundang Selangor seramai 80 orang yang terdiri dari Ahli Warga Emas Kg. Melayu Sri Kundang. Turut hadir menyambut kedatangan rombongan tersebut Yg. Bhg. Tuan Haji Zakariah Isa, Imam Besar MWP yang turut menyampaikan ucapan aluan dan cenderahati kepada wakil rombongan. Taklimat lawatan telah disampaikan oleh Hj Oslan Affendi bin Abdullah, Penolong Pengarah MWP.


