Sabtu, 30 Rabiul Awal 1448H
12 September 2026
05:48
05:58
01:12
04:14
07:16
08:25

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Kembara Dakwah

SHEIKH MUHAMMED MUNJI-MESIR

SHEIKH ROMI AL-BADAWI - SYRIA

US.HAJI ABDUL HALIM BIN ZAKARIA - IMAM MASJID WILAYAH

Bahagian - 1

Bahagian - 2

 

Bahagian -3

Lawatan ke Hospital Besar Kuala Lumpur

 

14.8.2012

Masjid Wilayah Persekutuan dan Persekutuan Seruan Islam Selangor dan Wilayah Persekutuan       (JAM’IYAH) telah mengadakan lawatan ke Hospital Besar Kuala Lumpur untuk memberikan sumbangan sempena dengan kedatangan Syawal 1433H kepada pesakit-pesakit yang sedang menerima rawatan di wad-wad yang telah dipilih di hospital tersebut. Sumbangan-sumbangan telah disampaikan oleh sukarelawan-sukarelawan JAM’YAH yang diketuai oleh Tuan Hj. Zakariah Isa, Imam Besar MWP yang turut diiringi oleh pegawai-pegawai dari Pentadbiran Hospital Besar Kuala Lumpur. 

Kunjungan dari Timbalan Rektor Universiti Al-Azhar, Mesir

10.8.2012

Masjid Wilayah Persekutuan telah menerima kunjungan dari Timbalan Rektor Universiti Al-Azhar, Mesir. Kedatangan beliau telah disambut oleh Yg.Bhg. Imam Besar diiringi pegawai-pegawai pentadbiran Masjid Wilayah Persekutuan bertempat di Anjung A. Beliau juga turut sama menunaikan solat Jumaat bersama para jemaah sebelum mengakhiri kunjungan ke Masjid Wilayah Persekutuan.   

Lawatan kerja ditapak kemajuan naik taraf Masjid Wilayah

Lawatan kerja tapak kemajuan naik taraf masjid wilayah oleh Pengarah kanan Cawangan Senggaraan dan Fasiliti JKR Ibu Pejabat pada 20Julai 2012.
Y Bhg Dato Haji Abd Rahim bin Ahmad.

Kunjungan hormat dari Jabatan Perpaduan Negara

3.7.2012

Masjid Wilayah Persekutuan telah menerima kunjungan hormat dari Jabatan Perpaduan Negara yang terdiri dari Ahli Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian di Antara Penganut Agama (JKMPKA). Sehubungan dengan kunjungan tersebut satu Majlis Taklimat Rasmi telah diadakan di Dewan Nikah MWP. Antara yang hadir pada majlis tersebut ialah Yg. Bhg. Datuk Hj. Che Mat bin Che Ali, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Tuan Hj. Razali bin ShahabudinTimbalan Ketua Pengarah JAKIM ( Pembangunan Insan )  diringi oleh  Tuan Hj.Zakariah bin Isa, Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan.

Publish the Menu module to "offcanvas" position. Here you can publish other modules as well.
Learn More.