
3.7.2012
Masjid Wilayah Persekutuan telah menerima kunjungan hormat dari Jabatan Perpaduan Negara yang terdiri dari Ahli Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian di Antara Penganut Agama (JKMPKA). Sehubungan dengan kunjungan tersebut satu Majlis Taklimat Rasmi telah diadakan di Dewan Nikah MWP. Antara yang hadir pada majlis tersebut ialah Yg. Bhg. Datuk Hj. Che Mat bin Che Ali, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Tuan Hj. Razali bin Shahabudin, Timbalan Ketua Pengarah JAKIM ( Pembangunan Insan ) diringi oleh Tuan Hj.Zakariah bin Isa, Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan.




