Program Qurban 2011/1432H

Indeks Artikel

Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di bawah Cawangan Pengimarahan (Unit Ibadah & Dakwah) telah mengadakan PROGRAM QURBAN pada 10 Zulhijjah 1432H bersamaan 6 November lalu. Bertemakan Legasi Pengorbanan Merambak Ketaqwaan, dengan kerjasama NAZA World dan komuniti setempat, program ini telah dilaksanakan secara bergotong-royong dan menarik lebih kurang seramai 150 orang untuk turut sama menyertainyaSebanyak 18 ekor lembu berjaya diqurbankan manakala dua ekor lagi di sembelih di Kampung Orang Asli Ulu Temu pada hari raya ketiga....

 

Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di bawah Cawangan Pengimarahan (Unit Ibadah & Dakwah) telah mengadakan PROGRAM QURBAN pada 10 Zulhijjah 1432H bersamaan 6 November lalu. Bertemakan Legasi Pengorbanan Merambak Ketaqwaan, dengan kerjasama NAZA World dan komuniti setempat, program ini telah dilaksanakan secara bergotong-royong dan menarik lebih kurang seramai 150 orang untuk turut sama menyertainyaSebanyak 18 ekor lembu berjaya diqurbankan manakala dua ekor lagi di sembelih di Kampung Orang Asli Ulu Temu pada hari raya ketiga.

Program ini turut dihadiri oleh Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Syarikat Naza, Datuk Wira SM Faisal SM Nasimuddin, yang telah sudi menyumbangkan 9 ekor lembu kesemuanya. Beliau yang hadir untuk bersama solat Sunat I’dul Adha di Masjid Wilayah sejak pagi telah sudi bersama membantu ketika sesi penyembelihan dilaksanakan. Turut bersama ialah Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Tuan Haji Zakariah bin Isa sehingga ke akhir program. Program ini juga telah mendapat liputan yang baik dari pihak media terutamanya TV3 dan TV9.

Selain dari komuniti setempat dan Persatuan Penjaja Selera Duta, anggota bomba dari Balai Bomba Sri Hartamas dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur juga turut sama membantu menjayakan program ini. Selepas penyembelihan, 6 ekor lembu telah diagihkan terus kepada Persatuan Rohingya, Darul Quran Kuala Kubu, Bahagian Saudara Baru JAWI, Pertubuhan Orang Buta dan Surau AnNur. Rata-rata mereka menyatakan kesyukuran dan berterima kasih atas pemberian tersebut dan berharap dengan pemberian ini dapat menggembirakan rakan-rakan mereka yang memerlukan agihan qurban tersebut.

Seekor lembu telah dimasak secara bergotong-royong sepenuhnya sejak pagi tersebut untuk jamuan tengahari. Selesai pengagihan, kesemua yang hadir dijamu dengan jamuan makan tengahari dan program berakhir kira-kira 1.30 petang. Imam Besar telah menyatakan rasa terima kasih kepada pihak NAZA World yang sudi bekerjasama dan juga telah menyumbangkan beberapa ekor lembu. Juga terima kasih kepada komuniti yang terlibat menjayakan program ini sehingga akhir.

Di samping itu program ini dilihat telah berjaya menarik lebih ramai komuniti untuk hadir tanpa disangka-sangka berbanding sebelumnya. Ia juga berjaya membuka satu ruang permulaan kerjasama yang baik antara Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan NAZA World pada program-program yang seterusnya. Harapan Imam Besar, moga program ini mampu menautkan lagi rasa mahabah di antara kakitangan Masjid Wilayah dengan komuniti setempat dan agensi-agensi yang terlibat.

Imam Besar bersama dengan Datuk Wira SM Faisal dan Us. Sadiq, wakil persatuan dari komuniti Rohingya

Pengumuman dibuat dari masa ke semasa sepanjang program bagi melicinkan lagi perjalanan program

 Usaha untuk menjatuhkan seekor lembu.

Antara lembu yang disembelih oleh mereka yang berpengalaman