
10 Oktober 2026 | 28 Rabiul Akhir 1448H (Jumaat) – Alhamdulillah, pagi ini berkesempatan menghadiri perjumpaan bersama Pengarah JAWI merangkap Pengerusi Masjid Wilayah Persekutuan. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kesudian tuan pengarah meluangkan masa bersama Imam Besar, pegawai dan kakitangan Masjid Wilayah Persekutuan.
Perjumpaan ini menjadi ruang untuk bertukar pandangan serta merangka inisiatif baharu bagi mempergiat usaha pengimarahan Masjid Wilayah Persekutuan, memperluas manfaat kepada masyarakat dan merancang program-program yang lebih menarik bagi mendekati serta menarik minat golongan belia untuk bersama-sama mengimarahkan masjid.
Semoga segala usaha dan perancangan ini dipermudahkan serta mendapat keberkatan Allah SWT, demi menjadikan Masjid Wilayah Persekutuan sebagai pusat ibadah, ilmu, kebajikan dan pembangunan ummah yang terus memberi manfaat kepada masyarakat.
![]() |
|
![]() |
|
![]() |
|
![]() |
Disediakan oleh :
Unit Komunikasi Korporat
Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur