
16 November 2026 | 6 Jamadil Akhir 1448H (Isnin) – Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur melalui cawangan Khidmat Sosial & Kebajikan telah menganjurkan Program Semarak Bakti Sukarelawan Masjid Wilayah Persekutuan Tour Program (MWPTP) 2026 bertempat di Hotel Vivatel Kuala Lumpur.
Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Tuan Haji Hanifuddin bin Roslan, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
Antara pengisian utama program ialah pelancaran SOP MWPTP, penyerahan surat pelantikan sukarelawan, penyampaian sijil penghargaan kepada ahli Steering Committee dan Sub-Committee sesi 2024–2026 serta penyampaian Anugerah Sukarelawan Aktif.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan sumbangan dalam menjayakan program ini.
Semoga jalinan ukhuwah terus diperkukuh dan semangat kesukarelawanan terus subur dalam menyantuni para pengunjung Masjid Wilayah Persekutuan.
![]() |
|
![]() |
|
![]() |
|
![]() |
|
![]() |
|
![]() |
|
Disediakan oleh :
Unit Khidmat Sosial & Kebajikan
Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur