
23 Ogos 2026 | 10 Rabiul Awal 1448H (Ahad) Majlis Selawat, Doa dan Munajat telah berlangsung pada dengan penuh tertib dan khusyuk. Majlis ini dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Ahmad Syawal dan disertai oleh para jemaah serta warga Masjid Wilayah Persekutuan.
Antara pengisian utama majlis adalah bacaan selawat, doa serta munajat kepada Allah SWT sebagai usaha memohon keberkatan, keampunan, rahmat dan kesejahteraan buat seluruh umat Islam. Majlis turut menjadi wadah untuk mengimarahkan masjid serta menyemarakkan amalan berselawat dan berdoa dalam kalangan jemaah.
Secara keseluruhannya, majlis telah berlangsung dengan lancar, teratur dan mendapat sambutan yang baik daripada para jemaah. Program ini merupakan program bulanan Masjid bagi menyemarakkan lagi pengimarahan Masjid Wilayah Persekutuan serta memupuk kecintaan terhadap Rasulullah SAW.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |