Isnin, 2 Rabiul Akhir 1448H
14 September 2026
05:47
05:57
01:12
04:12
07:15
08:24

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

LAWATAN SAMBIL BELAJAR PENGAWAS PUSAT SUMBER SMK BATU SEPULUH KE MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

 

9 September 2026 | 27 Rabiul Awal 1448H (Rabu) – Masjid Wilayah Persekutuan menerima kunjungan 42 orang peserta terdiri daripada pelajar dan guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Sepuluh, Perak Darul Ridzuan sempena Lawatan Sambil Belajar Pengawas Pusat Sumber Sekolah.


Program yang berlangsung dari jam 9.00 hingga 11.00 pagi bertempat di Dewan Solat dan sekitar Masjid Wilayah Persekutuan ini dianjurkan oleh  Unit Komunikasi Korporat (UKK) bersama Unit Khidmat Sosial dan Kebajikan, Masjid Wilayah Persekutuan. Lawatan ini memberi peluang kepada para pelajar untuk mengenali dengan lebih dekat fungsi masjid sebagai pusat komuniti masyarakat, di samping meneroka seni bina serta keindahan reka bentuk Masjid Wilayah Persekutuan yang menjadi salah satu mercu tanda masjid di ibu negara.


Selain itu, pengisian program turut memberi penekanan terhadap usaha memupuk minat dan kesedaran golongan remaja untuk mengimarahkan masjid, sekali gus menjadikan masjid sebagai ruang pembelajaran, interaksi sosial dan pembinaan sahsiah generasi muda.
Secara keseluruhannya, program berlangsung dengan baik dan lancar serta memberikan pengalaman yang bermanfaat kepada para pelajar dan guru melalui perkongsian ilmu, penghayatan seni bina Islam dan pendedahan terhadap peranan masjid dalam pembangunan komuniti.


Semoga kunjungan ini dapat menyemai rasa cinta kepada masjid dalam kalangan generasi muda serta mendorong mereka untuk terus menjadikan masjid sebagai pusat ilmu, ibadah dan pembentukan jati diri.

 
 
 
   

Disediakan oleh :

Unit Komunikasi Korporat
Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur

Publish the Menu module to "offcanvas" position. Here you can publish other modules as well.
Learn More.