Isnin, 2 Rabiul Akhir 1448H
15 September 2026
05:47
05:57
01:11
04:12
07:14
08:23

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

DAURAH KITAB PEDOMAN SEMBAHYANG BERJEMAAH

 

10 September 2026 | 28 Rabiul Awal 1448H (Khamis) - Daurah Kitab Pedoman Sembahyang Berjemaah yang disampaikan oleh Tuan Guru Baba Ismail Sepanjang Al-Fathani telah melabuhkan tirai selepas berlangsung selama dua (2) hari, bermula 9 hingga 10 September 2026 bertempat di Masjid Wilayah Persekutuan.


Program yang berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari ini merupakan platform pengajian dan perkongsian ilmu berkaitan sembahyang berjemaah, khususnya dalam meningkatkan kefahaman serta penghayatan masyarakat terhadap tuntutan ibadah tersebut.
Majlis Penutup Daurah Kitab telah diadakan pada jam 12.00 tengah hari dan disempurnakan dengan ucapan perasmian penutup oleh Tuan Haji Hanifuddin Bin Roslan Pengarah  Jabatan Agma Islam (JAWI ) diikuti penyampaian saguhati kepada Tuan Guru Baba Ismail Sepanjang Al-Fathani serta sesi bergambar.
Majlis kemudiannya diteruskan dengan jamuan makan tengah hari sebelum bersurai pada jam 1.00 petang.


Program ini diharapkan dapat memberikan manfaat kepada para peserta serta menjadi wadah dalam memperkukuh kefahaman dan penghayatan ilmu agama, khususnya berkaitan pelaksanaan sembahyang berjemaah.


Semoga usaha murni ini dapat diteruskan pada masa akan datang dalam memperkasa program pengajian ilmu dan pembangunan kefahaman Islam dalam kalangan masyarakat.

   

Disediakan oleh:

Unit Kelas Pengajian
Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur

Publish the Menu module to "offcanvas" position. Here you can publish other modules as well.
Learn More.