PROGRAM REHLAH PRIHATIN : BERSAMA RUMAH ANAK YATIM AN-NASUHA
10.8.2017
Masjid Wilayah Persekutuan (MWP) menerusi Cawangan Khidmat Sosial dan Kebajikan, telah menganjurkan Program Rehlah Prihatin bersama anak-anak yatim daripada Rumah Anak Yatim An-Nasuha.
Program ini melibatkan seramai Empat Puluh (40) orang anak-anak yatim yang berumur antara empat (4) hingga enam (6) tahun termasuk penyelia dan urusetia. Program ini berkonsepkan pembelajaran kendiri secara langsung yang diketuai oleh USTAZAH NOR FADHILAH BINTI ZAKARIA, PENOLONG PENGARAH KANAN, selaku penyelaras program. Program ini diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada para peserta yang terlibat.
Semoga program seumpama ini dapat memberikan kegembiraan dan meningkatkan hubungan silaturrahim di antara warga Masjid Wilayah Persekutuan dengan golongan masyarakat khususnya mereka yang memerlukan.