Bengkel Kecemerlangan UPSR 2017
26.7.2017
Unit Kursus dan Seminar Cawangan Pengimarahan MWPKL dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan telah mengadakan Bengkel Kecemerlangan UPSR selama 3 hari bertempat di Dewan Serbaguna MWPKL.
Seramai 200 orang pelajar dari sekolah-sekolah rendah di sekitar Kuala Lumpur telah menyertai bengkel tersebut dan menerima sijil penyertaan pada majlis penutup yang disempurnakan oleh Tuan Haji Zakaria bin Isa, Imam Besar MWPKL.