Hijrah Pertahan Hak Islam

Mutakhir ini terdapat cubaan sama ada secara disengajakan atau tidak untuk ‘menggugat’ keistimewaan kedudukan Islam sebagai agama rasmi Malaysia sebagaimana termaktub dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Cubaan mencabar Islam dibuat melalui pelbagai cara.

Antaranya penganjuran forum, dialog, penyebaran artikel menghina dan merendah-rendahkan Islam menerusi blog dan juga campur tangan dalam upacara keagamaan Islam.

Di dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan bahawa Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Peruntukkan ini mengiktiraf kedudukan Islam lebih tinggi daripada agama lain, dan Yang di-Pertuan Agong adalah ketua bagi Persekutuan manakala raja-raja Melayu adalah ketua bagi agama Islam di negeri-negeri berkaitan. Jadi, apabila Islam ditetapkan menjadi agama bagi Persekutuan ia bermakna rakyat dan sistem pemerintahannya mesti seiring iaitu meletakkan Islam sebagai asas utama pentadbiran negara.

Sesungguhnya semangat perundangan dalam Perkara 3 (1) dalam Perlembagaan Persekutuan menepati dengan firman Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 19:

ﭸ ﭹ ﭺ ﭻ ﭼ ﭽ ﭾ ﭿ ﮀ ﮁ ﮂ ﮃ ﮄ ﮅ ﮆ ﮇ ﮈ ﮉ ﮊ ﮋ ﮌ ﮍ ﮎ ﮏ ﮐ ﮑ ﮒ ﮓ 

Maksudnya: "Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih kecuali setelah sampai kepada mereka pengetahuan kerana hasad dengki di kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat Allah, maka sesungguhnya Allah amat segera hitungan hisab-Nya."

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Kita akui bahawa Islam adalah agama toleransi. Tetapi persoalan besar timbul ialah setakat mana tolak ansur itu diharuskan?. Pada asasnya, hubungan Islam dengan agama lain adalah didasari oleh wasatiah atau kesederhanaan. Pekara ini perlu ditafsir dengan tepat dan jelas agar umat Islam dan bukan Islam tidak terkeliru. Islam tiada tolak ansur dalam persoalan akidah ummah. Namun Islam tidak memaksa pihak lain untuk menerima akidah Islam.

Ini ditegaskan Allah SWT menerusi firman-Nya dalam surah al-Baqarah ayat 256:

Iw on#tø.Î) ’Îû ÈûïÏe$!$# ( ‰s% tû¨üt6¨? ß‰ô©”9$# z`ÏB ÄcÓxöø9$# 4 `yJsù öàÿõ3tƒ ÏNqäó»©Ü9$$Î/-ÆÏB÷sãƒur «!$$Î/ Ï‰s)sù y7|¡ôJtGó™$# Íouróãèø9$$Î/ 4’s+øOâqø9$# Ÿw tP$|ÁÏÿR$# $olm; 3 ª!$#ur ìì‹ÏÿxœîLìÎ=tæ ÇËÎÏÈ

Maksudnya: "Tidak ada paksaan untuk (memeluk) agama (Islam); Sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Kerana itu barangsiapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, Maka Sesungguhnya ia telah berpegang kepada tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha mendengar lagi Maha Mengetahui.

Oleh kerana akidah adalah soal hati yang juga disebut sebagai tunjang keimanan, maka penganut bukan Islam di Malaysia boleh mengamalkan ajaran agama mereka dengan damai. Tetapi dalam urusan kehidupan bernegara, kita semua terikat dengan undang-undang negara. Bagi umat Islam kita terikat dengan syariat Allah SWT.