Majlis Pelancaran Khatam Al-Quran Perdana dan Saiddul Aiyyam
28.4.2011
Majlis Pelancaran Khatam Al-Quran Perdana dan Saiddul Aiyyam telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Operasi JAWI Yg Bhg. Tuan Haji Omar bin Said bertempat di Dewan Solat Utama MWP. Seramai 300 orang jemaah terdiri dari muslimin dan muslimat telah hadir menyertai majlis tersebut. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Yg. Bhg. Imam Besar MWP Tuan Haji Zakariah bin Isa dan ucapan perasmian oleh Yg Bhg. Tuan Haji Omar bin Said. Seterusnya majlis diteruskan dengan bacaan Al-Quran secara berhalaqah oleh jemaah dan di akhiri dengan solat Isya’ berjemaah.