Solat Jumaat (26 Feb 2021)

IMG 6300

26.2.2021

Seramai 3,221 orang jemaah telah hadir menunaikan solat Jumaat di Masjid Wilayah Persekutuan dengan memenuhi ruang Solat Utama aras 3, 4 dan ruang legar aras 3 masjid mengikut SOP yang telah ditetapkan.

YBhg Datuk Dr. Mohd Daud Bakar, Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan ( MAIWP ) bersama  YBhg Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan ( JAWI ) turut sama menunaikan solat Jumaat bersama jemaah yang hadir. Khutbah bertajuk “Malaysia Perihatin Peranan Bersama” telah disampaikan oleh Khatib dan Imam bertugas Yg,brs Ustaz Zulkifli bin Salleh. Beliau juga turut mengimamkan solat sunat memohon agar negara bebas dari wabak Covid 19 sejurus selepas selesai solat Jumaat.

IMG 6287 IMG 6255 Berita Bait Al Rizq Menyatuni PROFIMA 04