Kuala Lumpur,Putrajaya
5 Jamadil Awal 1446  |  06 November 2024
05:38
Imsak
05:48
Subuh
13:00
Zohor
16:20
Asar
18:58
Maghrib
20:10
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

KELAS PENGAJIAN BERMODUL

PENDIDIKAN KELAS BUSTAN AL-‘AMALI (Tahap 1)
PENGENALAN

 

Masjid Wilayah Persekutuan bekerjasama dengan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) menawarkan perhidmatan pendidikan kepada semua peringkat umur, taska, tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, kolej dan university (sarjana dan pascasiswazah). Sudah tiba masanya untuk IIUM melengkapkan sumbangan pendidikannya dengan menawarkan program AL-BUSTAN AL-‘AMALI ini kepada orang awam bagi merealisasikan tema pendidikan “Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad”.

Kelainan program ini adalah fokus yang diberikan kepada aspek amali melampaui aspek teori yang sering digarap oleh semua pihak di kebanyakkan tempat. Bermula dengan amali hati, amali kognitif amali suara, amali fizikal serta amali pentadbiran kewangan. Kesemua ini menjadikan program BUSTAN AL-‘AMALI lebih istimewa dan menarik untuk diselami bagi melengkapkan aspek teori yang telah digarap oleh peserta dalam program BUSTAN Al-‘AMALI atau program-program ilmiah lain. Terdapat lapan modul dipekenalkan sesuai dengan reality kehidupan Muamalat, psikologi Islam asas perubatan Islam yang hakiki dan lain-lain.

Pihak UIAM akan memberikan sijil kepada yang telah Berjaya melengkapkan dan menyelesaikan tiga peringkat modul pembelajarannya.

Objektif perlaksanaan Kelas Al Bustan Al-‘Amali :

  • Menyediakan jalan kepada orang awam dan golongan warga emas untuk memperoleh ilmu pengetahuan agama Islam dan mempraktikkan ajaran Islam yang sesuai dengan konsep pembelajaran sepanjang hayat.
  • Untuk menyebarkan pengetahuan agama Islam yang tulen berdasarkan rujukan Islam yang sahih.
  • Menyediakan jalan kepada permasalahan yang dihadapi oleh maasyarakat dalam mengharungi kehidupan dalam beribadah.
  • Menawarkan solusi kepada permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat dalam mengahrungi kehidupan dalam beribadah.

Nama program : Al Bustan Al-‘Amali (Tahap1)
Tempoh : Tiga (3) bulan
Hari : Isnin dan selasa
Masa : 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Sasaran peserta : Orang awam yang tinggal sekitar Lembah Klang.
Anggaran peserta : 80 hingga 100 orang
Yuran : RM350.00
Pensyarah : Pensyarah-pensyarah dari IIUM
Pelajaran : Lapan (8) pelajaran :

  1. Pengenalan Psikologi, 2 slot dan 6 jam
  2. Risalah An-Nur, 2 slot dan 6 jam
  3. Bahasa Arab untuk Ibadah, 2 slot dan 6 jam
  4. Fiqh Ibadah, 2 slot dan 6 jam
  5. Perubatan Kerohanian Islam, 2 slot dan 6 jam
  6. Teknik Tafsir Al-Hafiz Al-Quraniyyah, 2 slot, 6 jam
  7. Tarannum Al-Quran, 2 slot dan 6 jam
  8.  Pengurusan Harta: Faraid & Hibah, 2 slot dan 6 jam.

Klik disini untuk muat turun Borang Pendaftaran Kelas Bustan Al-‘Amali (Tahap1)

Hubungi team Kelas Bustan Al-‘Amali (Tahap1) :

Pegawai Penyelaras : Ustaz Dr. Khalid bin Isa.
Pembantu Pegawai Penyelaras : Ustaz Anas
No. Telefon: 03-62018791/8767
Email : masjidwp@jawi.gov.my

KELAS PENGAJIAN PERSIJILAN TAFAQQUH FIDDIN
PENGENALAN

 

Masjid Wilayah Persekutuan bekerjasama dengan Yayasan Pahang dalam mengadakan program Kelas pengajian persijilan Agama Tafaqquh Fiddin

Tafaqquh Fiddin bererti mempelajari dan memahami ilmu-ilmu agama secara bersungguh-sungguh dan menjadikannya sebagai keutamaan dalam kehidupan. Mengetahui fardu ain dan fardu kifayah, mengenal sah, batal, halal, haram dan harus dalam ibadat, muamalat, munakahat dan jinayat.

Program ini bertujuan menyediakan kemudahan kepada masyarakat Islam di Lembah Klang mempelajari ilmu pengajian Islam secara sistematik tanpa mengira peringkat umur, taraf pendidikan dan kelayakan untuk belajar.

Fokus program ini adalah kepada peningkatan dan memperbaiki tahap pengetahuan dan kefahaman masyarakat berkaitan ilmu-ilmu fardu ain seperti ilmu tauhid, ilmu fekah, ilmu tasawuf dan membaca Al Quran serta tafsirannya.

Menyemarakkan suasana dan budaya mencintai ilmu pengetahuan di kalangan masyarakat Islam dengan memberi galakan kepada golongan remaja dan pertengahan menghadiri kelas-kelas pengajian Islam supaya celik fardu ain dan fardu kifayah.

Kaedah Pelaksanaan, jadual kelas dan syarat kemasukan:

  • Program ini dilaksanakan secara sistematik melalui pengajian di dalam kelas dengan menggunakan kurikulum khas pengajian Islam Tafaqquh Fiddin yang digubal mengikut tahap 1,2 dan 3 oleh panel pengubal modul.
  • Setiap tahap 1,2 dan 3 pengajian akan mempelajari ilmu tauhid, fekah, tasawuf dan Al Quran sera tafsirnya mengikut tahap dan kemampuan peserta.
  • Kemasukan peserta untuk mengikuti kelas pengajian Islam ini adalah melalui permohonan dan pendaftaran secara terus daripada unit Pendidikan Masjid Wilayah Persekutuan selepas iklan pendaftaran pengambilan dibuka
  • Peserta mestilah melalui tahap 1, tahap 2 dan tahap 3 bagi melengkapkan pengajian keseluruhan program Tafaqquh Fiddin
  • Peserta yang menamatkan setiap tahap pengajian akan diberikan sijil pengiktirafan mengikut tahap.
  • Jangkamasa bagi setiap tahap pengajian adalah dijangka selama 16–18 bulan. Setiap peserta akan menghabiskan masa 3 jam sehari (Rabu dan Khamis) atau 6 jam seminggu 384 - 432 jam bagi menamatkan sesi pengajian setiap tahap.
  • Pusat dan lokasi pengajian Tafaqquh Fiddin di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
  • Kelas diadakan pada setiap hari Rabu dan Khamis bermula jam 9.00-10.30 pagi dan 11.00-12.30 tengahari tertakluk kesesuaian dan perubahan dari semasa ke semasa.
  • Kehadiran ke kelas adalah wajib dan akan direkodkan. Peserta yang tidak hadir selama dua bulan berturut-turut tanpa sebab munasabah akan disingkirkan daripada meneruskan pengajian.

Klik disini untuk muat turun Borang Pendaftaran Kelas Pengajian Persijilan Tafaqquh Fiddin.

Klik disini untuk muat turun Jadual Kelas Pengajian Persijilan Tafaqquh Fiddin.

Hubungi team Kelas Pengajian Persijilan Tafaqquh Fiddin:

Pegawai Penyelaras : Ustaz Dr. Khalid bin Isa.
Pembantu Pegawai Penyelaras : Ustaz Anas
No. Telefon: 03-62018791/8767
Email : masjidwp@jawi.gov.my