8
8 FEBRUARI 2025M | 9 SYAABAN 1446H (SABTU) - Masjid Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Persatuan Sahabat Masjid berjaya melaksanakan Program Jom Kembali Ke Sekolah bagi sesi 2025/2026.
Sebanyak 3 buah sekolah rendah, 4 buah sekolah menengah, serta sebuah rumah kebajikan & anak yatim sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menerima manfaat daripada program ini. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Seri Hasan bin Arifin, Pengerusi Persatuan Sahabat Masjid.
Semoga program ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi meringankan beban keluarga yang memerlukan. Terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang dan menjayakan program ini.
𝐉𝐎𝐌 𝐈𝐊𝐔𝐓𝐈 𝐌𝐄𝐃𝐒𝐎𝐒 𝐊𝐀𝐌𝐈:
🕌 𝐏𝐎𝐑𝐓𝐀𝐋
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐰𝐰𝐰.𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝𝐰𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡.𝐠𝐨𝐯.𝐦𝐲/
🕌 𝐅𝐀𝐂𝐄𝐁𝐎𝐎𝐊
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐰𝐰𝐰.𝐟𝐚𝐜𝐞𝐛𝐨𝐨𝐤.𝐜𝐨𝐦/𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝𝐰𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧/
🕌 𝐈𝐍𝐒𝐓𝐀𝐆𝐑𝐀𝐌
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐢𝐧𝐬𝐭𝐚𝐠𝐫𝐚𝐦.𝐜𝐨𝐦/𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝𝐰𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧
🕌 𝐘𝐎𝐔𝐓𝐔𝐁𝐄
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐲𝐨𝐮𝐭𝐮𝐛𝐞.𝐜𝐨𝐦/@𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝𝐰𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧
🕌 𝐓𝐄𝐋𝐄𝐆𝐑𝐀𝐌
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐭.𝐦𝐞/𝐠𝐞𝐧𝐠𝐦𝐰𝐩
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Disediakan oleh:
Cawangan Khidmat Sosial & Kebajikan,
Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
8
27 JANUARI 2025M | 27 REJAB 1446H (ISNIN) - Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur bersama-sama Yayasan Restu telah mengadakan satu kerjasama Projek Wakaf 1 Juta Al-Quran dan dengan ini satu Memorandum Persefahaman (MoU) telah ditandatangani antara Yayasan Restu dan Masjid Wilayah Persekutuan bertempat di Kompleks Seni Islam Antarabangsa Selangor.
Perjanjian ini bertujuan melaksanakan projek mencetak 10,000 naskhah al-Quran dalam pelbagai bahasa, yang dilancarkan sempena Majlis Pelancaran Wakaf 1 Juta al-Quran.
Kerjasama ini bertujuan untuk memperkukuhkan peranan Masjid Wilayah Persekutuan sebagai masjid pelancongan yang mesra dengan kepelbagaian bahasa, sekali gus mempromosikan nilai keindahan Islam kepada masyarakat antarabangsa. Cetakan al-Quran dalam 17 bahasa ini bukan sahaja akan memanfaatkan umat Islam tetapi juga menarik minat pelancong bukan Islam untuk memahami keagungan kitab suci ini.
Firman Allah S.W.T:
"Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Zikr (al-Quran), dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya."
(Surah al-Hijr, ayat 9)
Inisiatif ini merupakan langkah besar dalam menyebarkan dakwah Islam dan memartabatkan al-Quran sebagai pedoman hidup sejagat.
𝐉𝐎𝐌 𝐈𝐊𝐔𝐓𝐈 𝐌𝐄𝐃𝐒𝐎𝐒 𝐊𝐀𝐌𝐈:
🕌 𝐏𝐎𝐑𝐓𝐀𝐋
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐰𝐰𝐰.𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝𝐰𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡.𝐠𝐨𝐯.𝐦𝐲/
🕌 𝐅𝐀𝐂𝐄𝐁𝐎𝐎𝐊
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐰𝐰𝐰.𝐟𝐚𝐜𝐞𝐛𝐨𝐨𝐤.𝐜𝐨𝐦/𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝𝐰𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧/
🕌 𝐈𝐍𝐒𝐓𝐀𝐆𝐑𝐀𝐌
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐢𝐧𝐬𝐭𝐚𝐠𝐫𝐚𝐦.𝐜𝐨𝐦/𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝𝐰𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧
🕌 𝐘𝐎𝐔𝐓𝐔𝐁𝐄
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐲𝐨𝐮𝐭𝐮𝐛𝐞.𝐜𝐨𝐦/@𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝𝐰𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧
🕌 𝐓𝐄𝐋𝐄𝐆𝐑𝐀𝐌
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐭.𝐦𝐞/𝐠𝐞𝐧𝐠𝐦𝐰𝐩
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Disediakan oleh:
Cawangan Khidmat Sosial & Kebajikan,
Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
8
23 JANUARI 2025M | 23 REJAB 1446H (KHAMIS) - Unit Dakwah, Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur telah mengadakan Kuliah Khas sempena Israk Mikraj yang bertajuk "Hikmah Israk Mikraj Membina Generasi Hebat". Kuliah diadakan di Dewan Solat Utama, Masjid Wilayah Persekutuan - Rasmi dengan kehadiran 600 ramai jemaah yang penuh semangat untuk mendalami pengajaran daripada peristiwa agung ini. Penceramah undangan, Al-Fadhil Ustaz (Dr.) Haji Bashir bin Mohamed Al-Azhari membuka tirai kuliah dengan menceritakan keistimewaan mukjizat yang dikurniakan kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Beliau menjelaskan bahawa Israk Mikraj adalah salah satu mukjizat terbesar yang menunjukkan kekuasaan Allah s.w.t. Selain itu, ia juga menjadi bukti keimanan yang mendalam bagi umat Islam dalam menerima perkara ghaib yang melangkaui logik akal manusia.
Penceramah kemudian membawa jemaah mengimbau peristiwa Israk dan Mikraj yang berlaku pada malam 27 Rejab. Dalam perjalanan Israk, Nabi s.a.w. dibawa dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis dengan menaiki Buraq, seekor makhluk istimewa. Setelah itu, Nabi Muhammad s.a.w. melalui Mikraj, iaitu perjalanan naik ke langit untuk bertemu Allah s.w.t.
Dalam perjalanan tersebut, baginda ditunjukkan gambaran syurga dan neraka. Ustaz menekankan bahawa peristiwa ini bukan sekadar perjalanan fizikal, tetapi juga membawa mesej mendalam tentang ganjaran bagi yang taat kepada Allah dan balasan bagi yang ingkar. Antara gambaran neraka yang diceritakan adalah penderitaan mereka yang tidak menunaikan solat, memakan harta anak yatim, dan melakukan kezaliman.
Sebaliknya, gambaran syurga memperlihatkan kenikmatan yang diberikan kepada hamba-hamba Allah yang taat, beriman, dan berakhlak mulia. Ustaz mengingatkan para jemaah bahawa hikmah utama daripada peristiwa ini adalah untuk membentuk generasi yang hebat melalui ketaatan kepada Allah dan mencontohi akhlak Nabi Muhammad s.a.w.
Kuliah ditutup dengan doa agar umat Islam terus istiqamah dalam menjalankan perintah Allah dan menjadikan Israk Mikraj sebagai inspirasi untuk menjadi insan yang lebih baik. Para tetamu/jemaah diteruskan dengan Solat Isyak berjemaah.
Terima kasih kepada semua tetamu/jemaah yang hadir 💐
𝐉𝐎𝐌 𝐈𝐊𝐔𝐓𝐈 𝐌𝐄𝐃𝐒𝐎𝐒 𝐊𝐀𝐌𝐈:
🕌 𝐏𝐎𝐑𝐓𝐀𝐋
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐰𝐰𝐰.𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝𝐰𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡.𝐠𝐨𝐯.𝐦𝐲/
🕌 𝐅𝐀𝐂𝐄𝐁𝐎𝐎𝐊
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐰𝐰𝐰.𝐟𝐚𝐜𝐞𝐛𝐨𝐨𝐤.𝐜𝐨𝐦/𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝𝐰𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧/
🕌 𝐈𝐍𝐒𝐓𝐀𝐆𝐑𝐀𝐌
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐢𝐧𝐬𝐭𝐚𝐠𝐫𝐚𝐦.𝐜𝐨𝐦/𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝𝐰𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧
🕌 𝐘𝐎𝐔𝐓𝐔𝐁𝐄
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐲𝐨𝐮𝐭𝐮𝐛𝐞.𝐜𝐨𝐦/@𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝𝐰𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧
🕌 𝐓𝐄𝐋𝐄𝐆𝐑𝐀𝐌
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐭.𝐦𝐞/𝐠𝐞𝐧𝐠𝐦𝐰𝐩
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Disediakan oleh:
Unit Dakwah,
Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
8
27 NOVEMBER 2024M | 25 JAMADILAWAL 1446H (RABU) -31 Disember 2024 / 1 Rejab 1446H bertempat di Masjid Wilayah Persekutuan telah berlangsungnya Program Malam Sejuta Selawat Bersama Sejuta Satu Umat, satu program menyemarakkan cinta kepada Rasulullah SAW dan memperkukuh iman dalam menghadapi cabaran kehidupan masa kini.
𝐉𝐎𝐌 𝐈𝐊𝐔𝐓𝐈 𝐌𝐄𝐃𝐒𝐎𝐒 𝐊𝐀𝐌𝐈:
🕌 𝐏𝐎𝐑𝐓𝐀𝐋
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐰𝐰𝐰.𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝𝐰𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡.𝐠𝐨𝐯.𝐦𝐲/
🕌 𝐅𝐀𝐂𝐄𝐁𝐎𝐎𝐊
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐰𝐰𝐰.𝐟𝐚𝐜𝐞𝐛𝐨𝐨𝐤.𝐜𝐨𝐦/𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝𝐰𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧/
🕌 𝐈𝐍𝐒𝐓𝐀𝐆𝐑𝐀𝐌
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐢𝐧𝐬𝐭𝐚𝐠𝐫𝐚𝐦.𝐜𝐨𝐦/𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝𝐰𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧
🕌 𝐘𝐎𝐔𝐓𝐔𝐁𝐄
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐲𝐨𝐮𝐭𝐮𝐛𝐞.𝐜𝐨𝐦/@𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝𝐰𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧
🕌 𝐓𝐄𝐋𝐄𝐆𝐑𝐀𝐌
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐭.𝐦𝐞/𝐠𝐞𝐧𝐠𝐦𝐰𝐩
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Disediakan oleh:
Unit Dakwah,
Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
8
1 DISEMBER 2024M | 29 JAMADILAWAL 1446H (AHAD) - Majlis Graduasi dan Anugerah Cemerlang Kelas Pengajian, Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur bagi meraikan pelajar-pelajar yang mengikuti kelas-kelas pengajian dewasa dan kanak-kanak bagi sesi 2024 telah berlangsung di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Majlis telah disempurnakan oleh Imam Besar MWPKL YBrs. Ustaz Jamal bin Abdul Halim dengan ucapan perasmian bagi membuka majlis. Beliau yang diiriingi guru-guru Kelas Pengajian yang berada di pentas turut menyampaikan sijil penyertaan kepada 171 pelajar yang berjaya menamatkan sesi pengajian dan lulus peperiksaan yang telah diadakan.
𝐉𝐎𝐌 𝐈𝐊𝐔𝐓𝐈 𝐌𝐄𝐃𝐒𝐎𝐒 𝐊𝐀𝐌𝐈:
🕌 𝐏𝐎𝐑𝐓𝐀𝐋
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐰𝐰𝐰.𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝𝐰𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡.𝐠𝐨𝐯.𝐦𝐲/
🕌 𝐅𝐀𝐂𝐄𝐁𝐎𝐎𝐊
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐰𝐰𝐰.𝐟𝐚𝐜𝐞𝐛𝐨𝐨𝐤.𝐜𝐨𝐦/𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝𝐰𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧/
🕌 𝐈𝐍𝐒𝐓𝐀𝐆𝐑𝐀𝐌
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐢𝐧𝐬𝐭𝐚𝐠𝐫𝐚𝐦.𝐜𝐨𝐦/𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝𝐰𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧
🕌 𝐘𝐎𝐔𝐓𝐔𝐁𝐄
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐲𝐨𝐮𝐭𝐮𝐛𝐞.𝐜𝐨𝐦/@𝐦𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝𝐰𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧
🕌 𝐓𝐄𝐋𝐄𝐆𝐑𝐀𝐌
𝐡𝐭𝐭𝐩𝐬://𝐭.𝐦𝐞/𝐠𝐞𝐧𝐠𝐦𝐰𝐩
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Disediakan oleh:
Unit Kelas Pengajian,
Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.