Prosedur Perkahwinan Di Wilayah Persekutuan

BORANG PERMOHONAN

A.

Borang permohonan kebenaran berkahwin “Borang 1” terpakai bagi semua pemohon yang tinggal di Wilayah Persekutuan sahaja atau bagi pemohon yang bermastautin di Wilayah Persekutuan tetapi tinggal di luar Wilayah Persekutuan. Sila layari www.sppim.gov.my untuk mohon kebenaran kahwin secara atas talian.

B.

Borang permohonan hendaklah di isi dengan lengkap dalam dua (2) salinan dengan menggunakan dakwat hitam atau biru dan disahkan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ bagi kariah masing-masing.

C.

Memadam perkataan yang salah atau ditindih adalah tidak dibenarkan.

D.

Pemohon dan wali (BAKAL PENGANTIN PEREMPUAN SAHAJA) hendaklah hadir di hadapan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ kariah ketika menandatangani borang tersebut bagi tujuan pengesahan.

LAMPIRAN-LAMPIRAN DOKUMEN ADALAH SEPERTI BERIKUT

 A.

Permohonan berkahwin di wilayah bagi pasangan dalam wilayah persekutuan.

 

PEREMPUAN

 

  • Satu salinan Kad Pengenalan.
  • Satu salinan Kad Pengenalan Wali yang sah.
  • Satu salinan surat mati jika Wali Akrab telah meninggal dunia.
  • Salinan surat nikah ibubapa.
  • Surat tandatangan Wali Jauh sekiranya Wali tidak tinggal di Wilayah Persekutuan atau tidak dapat hadir dihadapan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ kariah.
  • Surat Perakuan Cerai yang asal sekiranya bercerai.
  • Salinan surat mati dan salinan surat nikah sekiranya kematian suami.
  • Sijil Kursus Pra Perkahwinan jika umur kurang dari 40 tahun.

  • Surat kebenaran berkahwin dari Angkatan Tentera (BAT D 193) jika anggota tentera.
  • Surat kebenaran berkahwin kali pertama dari Jabatan Polis jika anggota polis.
  • Surat Kebenaran Berkahwin dari Mahkamah Syariah jika pemohon berkahwin bawah umur.
  • Salinan Surat Akuan atau Kad Akuan memeluk agama Islam dari Jabatan Agama Islam Negeri dan surat pembubaran perkahwinan dari Mahkamah Syariah atau Mahkamah Sivil atau Surat Cerai sebelum memeluk agama Islam jika pernah berkahwin.
  • Surat Wakalah Wali sekiranya Wali tidak dapat hadir di dalam majlis akad nikah.
  • Surat kebenaran berkahwin secara Wali Hakim dari Mahkamah Syariah jika sekiranya perkahwinan dijalankan secara Wali Hakim.
  • Bermastautin/tinggal di wilayah Persekutuan. Sekiranya alamat tempat tinggal di Wilayah Persekutuan tetapi alamat didalam kad pengenalan bukan di dalam Wilayah Persekutuan, perlu pengesahan anak kariah daripada Penolong Pendaftar NCR dengan mengemukakan bil cukai pintu rumah tersebut.

LELAKI

  • Satu salinan Kad Pengenalan.
  • Surat akuan bujang dari majikan jika bekerja dengan majikan atau surat Akuan Sumpah Bujang dari Pesuruhjaya Sumpah jika tiada majikan.
  • Surat Perakuan Cerai sekiranya bercerai.
  • Salinan surat mati dan salinan surat nikah sekiranya kematian isteri.
  • Sijil kursus pra perkahwinan jika umur kurang dari 45 tahun.
  • Surat kebenaran berkahwin dari Angkatan Tentera (BAT D 193) jika anggota tentera.
  • Surat kebenaran berkahwin kali pertama dari Jabatan Polis jika anggota polis.
  • Surat kebenaran berkahwin di bawah umur dari Mahkamah Syariah jika bawah umur.
  • Surat kebenaran berpoligami dari Mahkamah Syariah ( bagi permohonan poligami).
  • Salinan Surat Akuan atau Kad Akuan memeluk agama Islam dari Jabatan Agama Islam Negeri  dan surat pembubaran perkahwinan dari Mahkamah Syariah atau Mahkamah Sivil atau Surat Cerai/Surat Pembubaran Perkahwinan sebelum memeluk agama Islam jika pernah berkahwin.
  • Bermastautin/tinggal di wilayah Persekutuan. Sekiranya alamat tempat tinggal di Wilayah Persekutuan tetapi alamat didalam kad pengenalan bukan didalam Wilayah Persekutuan perlu pengesahan anak kariah daripada Penolong Pendaftar NCR dengan mengemukakan bil cukai pintu rumah tersebut.