
5 Mac 2026 | 15 Ramadan 1447H (Khamis) โAlhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas kelancaran Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran yang telah berlangsung dengan penuh barakah di Masjid Wilayah Persekutuan petang tadi.
Dewan solat utama dipenuhi jemaah yang hadir seawal waktu Asar untuk bersama-sama menghayati mukjizat Al-Quran. Majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran yang cukup syahdu oleh Ustaz Tirmizi bin Haji Ali, diikuti dengan kupasan bermakna serta Ceramah Khas Nuzul Al-Quran oleh Ustaz Muhamad Syaari bin Ab. Rahman.
Sebahagian daripada pengisian utama Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran petang tadi juga adalah Majlis Penyampaian Sumbangan Bakul Makanan & Duit Raya kepada golongan yang memerlukan.
Sesi serahan ini telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Operasi JAWI bertempat di Dewan Solat Utama, Masjid Wilayah Persekutuan. Syukur ke hadrat Allah SWT, sumbangan ini diharapkan dapat meringankan beban dan membawa kegembiraan buat para penerima dalam menjalani baki ibadah Ramadan serta persiapan menyambut Syawal yang bakal tiba.
Terima kasih kepada semua pihak dan penyumbang yang telah menjayakan inisiatif murni ini. Semoga setiap sen dan keringat yang disumbangkan menjadi amal jariyah yang berlipat kali ganda pahalanya di sisi Allah SWT.
๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐:
๐ ๐๐๐๐๐๐
๐ก๐ญ๐ญ๐ฉ๐ฌ://๐ฐ๐ฐ๐ฐ.๐ฆ๐๐ฌ๐ฃ๐ข๐๐ฐ๐ข๐ฅ๐๐ฒ๐๐ก.๐ ๐จ๐ฏ.๐ฆ๐ฒ/
๐ ๐
๐๐๐๐๐๐๐
๐ก๐ญ๐ญ๐ฉ๐ฌ://๐ฐ๐ฐ๐ฐ.๐๐๐๐๐๐จ๐จ๐ค.๐๐จ๐ฆ/๐ฆ๐๐ฌ๐ฃ๐ข๐๐ฐ๐ข๐ฅ๐๐ฒ๐๐ก๐ฉ๐๐ซ๐ฌ๐๐ค๐ฎ๐ญ๐ฎ๐๐ง/
๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐
๐ก๐ญ๐ญ๐ฉ๐ฌ://๐ข๐ง๐ฌ๐ญ๐๐ ๐ซ๐๐ฆ.๐๐จ๐ฆ/๐ฆ๐๐ฌ๐ฃ๐ข๐๐ฐ๐ข๐ฅ๐๐ฒ๐๐ก๐ฉ๐๐ซ๐ฌ๐๐ค๐ฎ๐ญ๐ฎ๐๐ง
๐ ๐๐๐๐๐๐๐
๐ก๐ญ๐ญ๐ฉ๐ฌ://๐ฒ๐จ๐ฎ๐ญ๐ฎ๐๐.๐๐จ๐ฆ/@๐ฆ๐๐ฌ๐ฃ๐ข๐๐ฐ๐ข๐ฅ๐๐ฒ๐๐ก๐ฉ๐๐ซ๐ฌ๐๐ค๐ฎ๐ญ๐ฎ๐๐ง
๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐
๐ก๐ญ๐ญ๐ฉ๐ฌ://๐ญ.๐ฆ๐/๐ ๐๐ง๐ ๐ฆ๐ฐ๐ฉ
Disediakan oleh:
Unit Kebajikan & Sosial
Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.